• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Bantu Kami Untuk Bantu Anda”- Hans Isaac Titip Pesanan Buat Penggiat Industri

by Khai Azfar
November 29, 2019
Share on Facebook

Sejak memberi saranan mengenai larangan menggunakan pelakon muda disolek bagi menjayakan watak tua bagi memberi peluang kepada pelakon veteran, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menjadi tumpuan ramai terutamanya penggiat industri filem negara. Ada yang menyambut baik saranan tersebut dan tidak kurang juga sebaliknya.

Idea ‘Watak Tua’ Hanya Saranan 

Menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu tersebut, Hans berkata pihak FINAS hanya memberikan saranan tersebut, namun keputusan terletak kepada penerbit mahupun pihak penyiaran untuk menggunakan idea tersebut.

“Saya tahu FINAS tiada ada hak untuk menentukan perkara itu kerana ianya adalah urusan di antara stesen penyiar dengan pihak penerbit. Kami hanya beri saranan sebab sebelum ini menerusi pertemuan dengan pelakon-pelakon veteran, kami ada beri cadangan untuk pihak penerbit berikan beberapa peratus slot untuk pelakon-pelakon senior ini dalam drama-drama arahan mereka untuk tempoh setahun. Dalam dua peratus macam itu sahaja saranan kami, itu pun masih orang nak persoalkan.

Bila saya beri saranan sebegitu, penerbit ‘serang’ saya, tetapi bila stesen penyiar cakap mereka bersetuju dengan saranan kami, mereka (penerbit) diam sebab mereka ada kontrak dengan stesen penyiar. Kalau Finas, mereka akan bantai.

Kami cuba untuk berikan saranan dan cadangan untuk mencuba benda-benda berbeza untuk tahun hadapan. Bagi peluang untuk kita cuba benda yang lain sebab setiap tahun selama 27 tahun saya dalam industri, struktur Finas sama sejak dahulu, jadi niat kami hanya untuk cuba benda-benda yang lain,”

Mampu Hadapi Tekanan 

Akui Hans selama memegang jawatan tersebut sejak tujuh bulan yang lalu dia menghadapi pelbagai kritikan dan juga tekanan dari pelbagai pihak. Namun sejak awal, dia sudah menanamkan semangat untuk mengendahkan segala kecaman yang dihadapi dan mampu mengatasinya. Malah dia turut menyeru agar penggiat industri dapat memberi sokongan kepada pihak FINAS agar pelbagai kebaikan bersama dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

“Setiap hari kami (Finas) ambli langkah untuk membantu industri. Kami bekerja tujuh hari seminggu, takkan kami nak hebah-hebahkan pada semua orang. Bila kita buat benda bagus, tiada orang nak berterima kasih dan mereka diam sahaja.

Bila kita buat salah, pantas orang nak kritik. Dalam industri ini, kita kena ‘trial and error’. Kita kena mencuba, kadang-kadang jadi, kadang-kadang sebaliknya. Itu saya faham dan disebabkan itu saya berani pegang jawatan ini sebab yakin boleh membantu. Setakat ini memang saya boleh ‘handle’ segala tekanan yang diberikan kepada saya.

Saya cuma nak bertanya, ada tak orang dalam industri yang berterima kasih terhadap kami ini yang dah buat kerja. Sepanjang tujuh bulan dalam Finas, tak pernah lagi ada orang industri yang datang berjumpa saya dan ucapkan terima kasih. Sedangkan apabila waktu nak kritik, laju sahaja mereka. Pesanan saya untuk orang industri, bantu kami untuk bantu anda,”

Hans ditemui Murai.my usai majlis pelancaran program Stand Up Comedy Otai yang berlangsung di The Love, Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

hans isaac
https://lomp.at/b18qb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore