Kadang-kala di dalam sesebuah drama mahupun filem tanah air, kita dapat melihat ada diantara pelakon-pelakon muda telah membawakan watak sebagai orang tua bagi menjayakan naskhah tersebut. Baik dari segi genre komedi atau sebaliknya, ada diantara watak tersebut berjaya dilakonkan dengan baik oleh mereka.

Bermula Januari 2020 

Namun berkuat kuasa Januari 2020, semua pelakon muda tidak lagi dibenarkan memegang watak tersebut malah stesen penyiaran juga tidak lagi dibenarkan menyolek pelakon muda bagi memegang watak orang tua.

Penyelarasan itu dibuat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi pengerusinya, Datuk Hans Isaac. Menurutnya, syarat itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran malah ianya disambut baik oleh semua stesen penyiaran menerusi sebuah pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

240 Orang Artis Veteran Ditaja 

Bukan sahaja memastikan artis veteran mempunyai jaminan tawwaran kerja malah tempoh jam bekerja juga akan ditetapkan untuk artis yang sudah berusia. Sebagai info, Finas serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah bersetuju untuk menaja seramai 240 orang artis veteran mendapatkan polisi insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula tahun hadapan.

Pelaksanaan ini turut mendapat respon yang pelbagai oleh netizen di media sosial yang beranggapan ianya adalah satu langkah yang baik untuk memastikan karier artis veteran tidak terkubur seperti begitu sahaja.

IKLAN