Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bantu Persiapan Perkahwinan Bekas Suami, Tindakan Ellie Suriaty Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
May 26, 2024
Share on Facebook

Sebelum ini umum mengetahui bahawa pasangan pelakon, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar berpisah selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Sah Bercerai Talak Satu

via Instagram Azri Iskandar

Mereka telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.34 pada 17 Mei 2022 dan Ellie juga turut mengakui perceraian itu diperoleh atas permintaannya.

Dimaklumkan juga, bekas suami Ellie Suriaty, Azri Iskandar telah berjumpa dengan penganti kepada Ellie.

Bukan itu sahaja, Ellie Suriaty juga turut tumpang gembira dan bersyukur apabila bekas suaminya itu akhirnya menemui calon isteri baharu.

Terbaru, satu muat naik video di Instagram milik Official Hlive ada menemubual Ellie mengenai persiapan perkahwinan Azri Iskandar.

Seronok Melakukan Persiapan Menjelang Perkahwinan

via Vocket

Jelas Ellie, dia turut membantu untuk persiapan perkahwinan Azri bersama calon pilihannya itu. Malah anak-anak turut membantu untuk persiapan perkahwinan tersebut.

Ya saya membantu Azri Iskandar untuk persiapan perkahwinan dia.

Memang ada sedara mara, tapi sedara mara itu jauh. Jadi kita yang terdekat bantu untuk persiapan perkahwinan dia.

Ellie juga turut menjelaskan bahawa dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan bakal isteri Azri dan dia merupakan wakil kepada pihak lelaki dan dibantu bersama anak-anaknya.

Saya wakil kepada pihak lelaki dan dibantu bersama anak-anak. Menarik kan anak-anak bantu perkahwinan ayah mereka.

Malah jelas Ellie, dia dan Azri tiada isu untuk bermasam muka kerana mereka sendiri sudah matang.

Sebab kita matang, tidak ada isu untuk kita bermasam muka. Kita pernah hidup dalam tempoh yang lama 19 tahun.

Pada saya tiada apa yang negatif untuk diteruskan dalam kehidupan ini.

Melihat diruangan komen, ramai yang memuji dengan sikap positif yang ada pada Ellie, malah ada juga yang menjadikan sikap positif Ellie tersebut sebagai salah satu inspirasi untuk mereka.

Ellie Suriaty Akui Takut Tersasar Akidah - "Masuk Set, Saya Doa Panjang Minta Ampun Daripada Allah"
azri iskandarellie suriaty
https://lomp.at/qcbix
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore