Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Baru Tahu! Ini 7 Jenis Gula Dan Kegunaanya Dalam Masakan

by Aphit J.
August 23, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Gula merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur. Kepentingan gula dalam masakan tidak dapat dinafikan lagi samada untuk tujuan bakeri mahupun masakan lauk-pauk harian. Tetapi tahukan anda terdapat 7 jenis gula yang berbeza dan ini kegunaanya dalam masakan.

Gula Melaka

via Wild and Bury

Gula melaka atau dikenali sebagai gula kabung bagi sesetengah pengguna sangat terkenal dalam masakan kuih tradisional Melayu seperti buah melaka dan aneka bubur. Mempunyai fizikal yang agak keras, gula melaka mempunyai rasa lebih sedap bebanding gula merah.

Gula Merah

via Alibaba

Gula merah mempunyai tekstur seolah-olah berpasir yang agak kasar. Warna gula yang kemerahan dan perang ini juga sering digunakan di dalam masakan kuih tradisional Melayu seperti kuih lompang, kasui gula melaka dan sebagainya.

Cara menggunakan gula melaka adalah melarutkannya di dalam air dan tapis untuk membuang kotoran yang terdapat pada gula tersebut.

Gula Perang

via Fitoru

Pasti ada yang tertanya-tanya apa perbezaan gula pasir biasa dan juga gula perang. Gula perang mempunyai struktur yang sama seperti gula pasir tetapi yang membezakannya adalah dari segi warna keperangan dan juga rasa gula yang lebih kuat berbanding gula pasir.

Gula perang seringkali digunakan dalam masakan harian dan juga dalam pembuatan bakeri seperti kek, biskut dan sebagainya.

Gula Aising

via Bigger Bolder

Gula aising merupakan gula yang paling halus dalam kategori gula putih. Untuk makluman, gula aising bukanlah seratus peratus gula, tetapi dalam gula ini mengandungi sedikit campuran tepung jagung.

Gula aising seringkali digunakan dalam pembuatan bakeri seperti aising mentega, pes gula dan juga sebagai hiasan makanan.

Gula Kastor

via The Spruce Eats

Gula kastor merupakan pilihan utama dalam pembuatan bakeri. Mempunyai fizikal yang halus, menjadikan gula kastor mudah dilarut dan sangat sesuai dalam pembuatan kek, pastri, biskut roti dan lain-lain.

Sekiranya anda tiada gula kastor, anda boleh mengisar gula pasir sehingga halus. Ini kerana rasa yang terdapat pada gula kastor adalah sama seperti gula pasir.

Gula Halus

via Louis

Sama seperti gula kastor, gula halus mempunyai struktur yang besar sedikit dari gula kastor, tetapi lebih kecil daripada gula pasir. Masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam pembuatan bakeri dan juga masakan harian anda.

Gula Pasir

via WebMD

Gula pasir merupakan gula yang seringkali digunakan dalam kehidupan seharian. Bermula dari pembuatan air, masakan harian sehinggalah pembuatan bakeri, gula pasir merupakan pilihan yang utama dalam masakan dan sangat mudah untuk diperolehi.

Mempunyai rasa yang sama seperti gula halus, tetapi struktur fizikalnya lebih besar daripada gula yang lain.

Jadi sekarang anda sudah mengenali jenis-jenis gula serta kegunaanya dalam masakan dan pastinya tidak keliru lagi.

jenis gulajenis jenis gulapetua memilih gula
https://lomp.at/xx5ky
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore