Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Bawa Pulang RM23 Ribu! Wild Thang Memenangi Gelaran Anjing Terhodoh Di Dunia 2024

by Aphit J.
June 23, 2024
Share on Facebook

Seekor anjing di Amerika Syarikat dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia.

Memenangi Gelaran Anjing Terhodoh Dunia 2024

Anjing Pekingese berusia lapan tahun yang diberi nama Wild Thang itu memenangi Pertandingan Anjing Terhodoh Dunia 2024 di California, pada Jumaat lepas.

Haiwan itu telah menyertai pertandingan itu sebanyak lima kali dan pernah memenangi tempat kedua tiga kali sebelum meraih tempat pertama tahun ini.

Menurut biografi Wild Thang, anjing itu pernah dijangkiti virus ‘Canine Distemper’ di usia mudanya.

Walaupun dijangkiti virus, Wild Thang dapat bertahan tetapi mengalami kecacatan kekal.

Giginya tidak tumbuh menyebabkan lidah sentiasa terjelir dan kaki kanan depan sentiasa bergerak.

Membawa Pulang Lebih RM23 Ribu

via Instagram Wild Thang Official

Anjing berkenaan dan pemiliknya, Ann Lewis membawa pulang hadiah wang tunai AS$5,000 (RM23,470) setelah mendapat gelaran itu.

Menurut laman web penganjur, Pertandingan Anjing Terhodoh Dunia telah dilaksanakan selama hampir 50 tahun bagi meraikan ketidaksempurnaan yang membuatkan semua anjing unik dan istimewa.

Pertandingan ini tidak menjadikan anjing hodoh sebagai bahan jenaka tetapi berseronok bersama beberapa watak yang indah dan memberitahu dunia bahawa anjing-anjing ini sangat cantik.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh anjing baka Pug bernama Rome manakala tempat ketiga dimenangi Daisy Mae yang merupakan anjing penyelamat dengan masing-masing berusia 14 tahun.

Wild Thang
https://lomp.at/p1w0b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore