Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bekas Isteri ND Lala Fauziah Akui Sudah Lama Setuju Untuk Poligami, Cuma Tak Mahu Tahu Hal Madunya Itu

by Puteri Alia
September 14, 2023
Share on Facebook

Hukum berkahwin lebih seorang isteri atau poligami yang asalnya adalah harus boleh berubah kepada sunat, makruh dan haram apabila mengikut situasi tertentu.

Berhubung isu bantahan daripada isteri, menurut sumber sahih ia tidak salah si isteri tidak salah menghalang suaminya jika poligami itu mengakibatkan ketidakadilan nafkah dan pembahagian hari bersama.

Bahkan, hukum poligami akan menjadi haram pula jika diyakini suami itu tidak mampu berlaku adil, berat sebelah, pilih kasih atau menyebabkan isu kemudaratan.

Bagaimanapun, dari sudut fiqh, ia boleh menjadi sunat jika lelaki itu tidak dapat menjaga syahwat daripada zina, maksiat, isteri sakit teruk, mandul serta yakin boleh berlaku adil.

Berbahas soal ini, bekas isteri penyanyi dan pelakon, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman menafikan dia tidak bersetuju untuk berpoligami seperti didakwa bekas suaminya itu dalam hantaran video di Instagram, baru-baru ini.

Fauziah, 55, berkata, dia sebenarnya bersetuju untuk berpoligami, tetapi ia tidak disampaikan terus kepada ND Lala sebaliknya disampaikan kepada rakan baiknya iaitu pelakon, Zaidi Omar dan penyanyi, Roslan Madun.

“Saya cakap saya dah reda sebab dah macam-macam cara saya buat untuk berjumpa dengannya, tetapi semuanya memang tak dilayan menerusi WhatsApp dan mesej pesanan ringkas.

“Saya dah sedar. Mungkin ini takdir saya dan sudah menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya, tapi di pihak abang ND tak boleh terima,” katanya.

Menurutnya, dia sayangkan keluarganya dan mencuba pelbagai cara untuk pulihkan keadaan dengan ND Lala malangnya ia seperti bertepuk sebelah tangan.

“Saya hanya letakkan syarat tak nak ambil tahu langsung mengenai wanita itu (Siti Munirah). Tapi ia hanya berlaku di sebelah pihak saya tanpa ada respon daripada abang ND.

“Sampai tahap saya dah penat berjuang seorang diri dan buat keputusan untuk berhenti berharap. Sebab bila dia tolak, saya lihat dia tak nak poligami.

“Dia memang makin menjauh dari saya dan saya rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri,” katanya.

Fauziah berkata, permintaan ND Lala terhadapnya juga agak pelik iaitu memintanya ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

“Kawan-kawannya kata kenapa sampai begitu sekali sedangkan isteri kamu (ketika itu) sedia nak bermadu. Mereka nasihatkan dia supaya selesaikan dengan baik dan dia balik rumah macam biasa.

“Abang ND kata tak boleh. Saya disuruh pergi kaunseling dan bila orang kaunseling dah ‘study’ kes, mereka akan panggil dia pula. Selepas itu kami akan ditemukan.

“Mereka tanya lagi selepas itu apa? Dijawabnya jika ada jodoh adalah dan kalau tiada, tiadalah. Boleh pula macam itu. Jadi ceritanya kata saya tak nak poligami memang tak betul,” katanya.

Menurutnya, rakan-rakan artis seperti Datin Suliza Salam juga memberi pendapat dalam perkara ini.

“Dia kata saya jenis yang setia dan tak boleh hidup tanpa abang ND. Jadi dia nasihatkan saya supaya terima saja bermadu walaupun benda itu pahit. Abaikan saja wanita itu kerana yang penting ND balik rumah dan layan saya macam biasa.

“Ramai lagi yang nasihatkan saya dan itu yang buat saya terbuka hati untuk bermadu. Saya pun ada cakap dengan seorang ustaz dan dia terkejut dengan tindakan saya.

“Saya kata padanya, saya tak nak kehilangan abang ND kerana dah lebih setahun dia tak balik. Saya dah sampai peringkat dah rindu dia dan dapat dengar suara pun jadilah,” katanya.

Fauziah berkata, dia kini sudah tabah dan pulih sekitar 90 peratus untuk berdepan kenyataan. Hanya dia terkilan dengan sikap ND yang langsung tidak mahu bertemu dan bercakap dengannya serta anak-anak.

Akhirnya Kembali Berbaik, Shila Amzah Adakan "Temu Janji" Dengan Ibu Kandungnya

Pada 5 September lalu, Fauziah memaklumkan kes cerai mereka selesai secara baik.

ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga mereka pada 1989 dan hasil perkongsian hidup itu dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.

Datuk ND Lalashila amzah
https://lomp.at/u0qxh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore