Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Pekerja Rakam Kanak-Kanak Didera, Pelaku Rupanya Mak Angkat!

Pemuda ini dedah majikannya itu sering memukul kanak-kanak malang itu semasa waktu makan

by Puteri Alia
July 22, 2022
via Instagram Aqiel

via Instagram Aqiel

Share on Facebook

Tular video rakaman seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun yang dikenali sebagai Alia didera oleh seorang wanita dan lelaki di media sosial.

Rakaman tersebut menjadi bualan hangat dikalangan warganet, dan ramai yang menyoal serta menyalahkan individu yang merakam kejadian tersebut kerana tidak melindungi kanak-kanak berkenaan sebaliknya menyebarkan video di media sosial.

Bahan Bukti Penderaan

Murai MY menjengah ke Instagram pemilik video viral tersebut, pemuda yang menyebarkan rakaman berkenaan dikenali sebagai Daniel Aqil dan merupakan pekerja kepada majikan yang mendera kanak-kanak malang itu.

Pemuda ini mendedahkan rakaman video dan gambar yang diambilnya sewaktu dan selepas kejadian berlaku adalah sebagai bahan bukti untuk laporan polis.

“Kami terpaksa bawa Alia keluar untuk ambil gambar/rekod bukti untuk bantu siasatan dan mengukuhkan laporan polis. #justiceforalia” Tulisnya

via Instagram Aqiel

Melihat di Instagram Story Aqil pula, pemuda ini bersyukur pihak polis memberi berkerjasama dengan baik untuk pihak Alia.

“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.” Coretnya

via Instagram Aqiel

Pelaku Adalah Ibu Bapa Angkat

Murai MY meninjau pula di akaun TikTok Aqil, pemuda ini baru saja memuatnaik penjelasan berkenaan kes penderaan Alia. Menurut Aqiel, majikannya itu merupakan ibu bapa angkat kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

Menurut Aqil lagi, kejadian tersebut sering berlaku semasa waktu makan dan antara punca pasangan suami isteri tersebut bertindak ganas terhadap Alia adalah kerana lambat makan, tidak mahu makan ataupun sebab dah kenyang.

“Adakah saya yang merakam video tersebut? Jawapannya ya. Saya yang rakam video tersebut secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan saya. Saya dan kawan-kawan saya empat orang duduk di rumah itu dan bekerja.

So, kami yang tak tahan bila kami duduk situ nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan. Setiap kali makan ya. Bukan dipukul sebab nakal ke apa. Alia tu memang budak yang baik. Hampir setiap hari Alia hanya disebabkan makan lambat, taknak makan, kenyang.

So, saya dan kawan-kawan saya decide rakam video secara senyap-senyap apa yang telah terjadi untuk mendapatkan keadilan untuk Alia. Sebab Alia ni anak angkat dia. Dia ambil Alia tu bulan Februari tahun 2022.” Dedahnya

@theaqil7

#justiceforalia

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Murai mendoakan agar keadilan berpihak buat adik Alia dan pelakunya dijatuhkan hukuman yang setimpal. Syabas Aqil, semoga dipermudahkan urusan.

AliaDaniel AqilJustice For Aliapenderaan
https://lomp.at/kzj5k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @wannaali_ (IG)
Lokal

“3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita”- Wanna Ali

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Wanna Ali baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

Luahan Hati Azhar Sulaiman Tentang Aurat Keluarga Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Nama Azhar Sulaiman atau lebih mesra disapa Behar bukan asing dalam dunia seni tanah air. Seorang pelakon, pemerhati sosial dan...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore