• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Wow! Ben Ali & Nadiyah Shahab Buka Absolut Chocolat Di Mid Valley Megamall

Stor fizikal pertama Absolut Chocolat

by Khai Azfar
September 29, 2021
Share on Facebook

Pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab mampu tersenyum lebar apabila jenama yang diusahakan mereka, Absolut Chocolat kini mengorak langkah dengan mempunyai cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Kios Pertama Selepas Tiga Tahun Beroperasi Dalam Talian 

Selepas tiga tahun beroperasi dalam talian,kios berkenaan di bawah tapak bernombor LGC-18 itu menjadi bukti kelangsungan jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu bersaing secara sihat dan berdiri sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkemuka negara.

Menurut Ben, selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan, tujuan utama mereka untuk memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang, sebagai strategi keluar dari zon selesa.

“Ini kerana sektor ‘offline’ terutamanya di dalam pasar raya mega ini didominasi oleh bangsa lain selain Melayu. Lantas ia menjadikan faktor ini sebagai satu cabaran dan batu loncatan kepada kami untuk terus maju kehadapan melalui visi dan misi yang diperjuangkan.

“Walaupun laluan itu tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikirakan baru untuk pasaran offline seperti kami, saya optimis. Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia,” katanya menerusi sebuah kenyataan media yang dihantar kepada Murai.my

Mahu Diterima Semua Lapisan Masyarakat 

Tambah Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan, jenama yang baru menerima pengiktirafan oleh Superbrand International dengan menjadi salah satu jenama yang membawa gelaran ‘Superbrand’ di Malaysia itu juga cuba melawan arus.

“Antara sebab lain kenapa kami melebarkan cabang peniagaan ke sektor luar talian (offline) ini selepas melihat kesan pandemik COVID-19 yang menggegar dunia. Khususnya kepada peniaga offline yang paling terkesan dan terpaksa menutup kedai selama berbulan bulan kerana terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa.

“Di saat banyak perniagaan offline mahu bertukar ke online, kami pula mengambil langkah sebaliknya. Usaha itu juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku pada dunia dalam talian. Sekurang kurangnya kami mempunyai sandaran perniagaan offline juga. Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, dunia perlu menutup operasi ekonomi secara menyeluruh,”tambahnya

Usaha menembusi pasaran luar talian dengan memilih lokasi pertama pusat beli belah itu turut didorongi pelbagai faktor termasuk mahu ia diterima semua lapisan masyarakat.

“Salah satunya, kerana pusat beli belah itu memiliki faktor demografik yang lebih seimbang. Selama ini 85 peratus daripada pelanggan kami di kalangan orang berbangsa Melayu. Namun kami percaya bahawa perniagaan berasaskan food and beverage (F&B) ini untuk semua kaum.

“Jadi kami memilih pusat belah itu juga kerana 50 peratus pengunjungnya di kalangan kaum Cina. Lucunya menerusi bancian kami lakukan selepas dua minggu beroperasi di situ, menyangka jenama kami dari Korea. Malah rata rata terutama pelanggan berbangsa Cina tidak pernah mendengar jenama kami,” katanya lagi

10 Cawangan Pada 2022

Sementara itu, Nadiyah selaku Ketua Pengarah Eksekutif pula berkata empat lagi kios fizikal di pusat beli lain sedang dirancang kemasukannya dalam tahun ini.

“Apabila mula memasuki Mid Valley, kami mula mendapat pelawaan daripada beberapa pusat beli belah utama lain.

“Seiring dengan apa yang dirancang, kami akan membuka empat lagi cawangan kios di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity bermula dari Oktober sehingga Disember 2021.

“Dan kami dijangka akan membuka lima cawangan kios lagi juga di Lembah Klang sebelum April tahun depan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama 2022,” katanya.

Dalam pada itu, jenama ini beroleh rezeki dan terus bertahan meneruskan survival di era pandemik.

“Pada tahun lalu, syukur perniagaan kami tidak terkesan kerana fasa sekatan pergerakan perjalanan pertama menyaksikan kebanyakan masyarakat banyak berbelanja di sektor online. Sekaligus ia menyebabkan kami mencatat hasil jualan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Namun bagi tahun ini pula, aliran perbelanjaan masyarakat dilihat agak sedikit perlahan. Mungkin disebabkan oleh faktor mahu berjimat cermat apabila sudah memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kami sejujurnya sedikit terkesan,” kongsinya

Untuk rekod, jenama yang berdaftar di bawah Absolut Brands Sdn Bhd ini mula ditubuhkan pada 18 Februari 2018.

Ben Amir Titip Ucapan Buat Kekasih Selepas Peluk Islam, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen
ben amirNadiyah Shahab
https://lomp.at/rrzb7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Aksi Comel Fazura & Fatima Jadi Tular, Peminat Geram- ‘Cerdiknya La Fatima Nie..”

by Zaidin Albert
December 8, 2025

Fazura dan anaknya, Fatima sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mereka berdua memuat naik sebuah video miming lagu viral Microwave...

Read more
Lokal

[VIDEO] Aina Abdul Terkejut Rakyat Indonesia Lagi Ramai Dengar Lagunya

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aina Abdul yang memberitahu bahawa dirinya sangat terkejut apabila mengetahui rakyat Indonesia lagi...

Read more
by Noah Ab
November 9, 2025
Lokal

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton? Ini Respon Tenang Suami Datuk Azie

Sebelum ini usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton mencuri tumpuan apabila menceritakan pengalaman mistik yang...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Berita

Sissy Imann Sah Bergelar Isteri Dr. Zamir Hilman-“Hingga Syurga..”

Penyanyi, Sissy Imann kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah pada sekitar jam 9.00...

Read more
by Naddy Joe
December 12, 2025
Lokal

“No Class” – Farahdhiya Tempelak Individu Yang Suka Dedah Aib Bekas Pasangan!

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya mengenai segelintir individu yang gemar mendedahkan aib bekas pasangan selepas berpisah...

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Lokal

Nabila Razali Bersuara Isu Bawa ‘Stroller’ Dalam Lif-“Penuh Dengan Pasangan Muda…”

Penyanyi, Nabila Razali mengakui dirinya yang kini bergelar ibu mula merasai sendiri situasi yang sering dialami oleh para ibu bapa...

Read more
by Naddy Joe
December 8, 2025
Lokal

Watie Hanifiah Sebak Kongsi Momen Graduasi Thalita-“Semoga You Sentiasa Menjadi Kebanggaan Keluarga..”

Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencetuskan rasa sebak netizen selepas dilihat berkongsi momen graduasi anak...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Foto - @hafreezadam (IG) / @missfazura (IG)
Lokal

Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

Tak ada angin, tak ada ribut, nama Hafreez Adam secara tiba-tiba menjadi bualan ramai disebabkan oleh hantarannya di platform Threads....

Read more
by Nurul A.
September 17, 2025
Foto - @bettyrahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Batal Pesanan COD, Respons Pembeli Terhadap Betty Rahmad Buat Netizen Mengamuk

Kongsian video pelakon dan usahawan, Betty Rahmad baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai. Menerusi video berdurasi 1.48 minit itu,...

Read more
by Nurul A.
December 2, 2025
Lokal

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bernilai RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore