Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Benarkah Heroin Syurga Yang Tak Dirindukan Ini Putus Tunang, Tapi Angkara Siapa?

by Soph Azz
March 15, 2017
Foto - instagram/askyfebrianti

Foto - instagram/askyfebrianti

Share on Facebook

Isu hangat ini bermula setelah Bella tiba-tiba bertindak memadamkan semua foto kenangan bersama “bekas tunang”, Afifuddin Kalla alias Afie Kalla yang merupakan anak saudara kepada Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Maka bermulalah tersebarnya khabar berita sadis bahawa Bella sudah pun putus tunang meskipun baru sahaja dilamar seterusnya bersetuju untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka yang lebih mesra dipanggil Afie Kalla pada 29 Januari lalu.

Aktres molek Bella bersama tunangnya, Afie Kalla. Foto – instagram/redhoyhophansa

Namun persoalannya, siapakah yang menjadi dalang kepada perpisahan merpati dua sejoli ini?

Baru-baru ini, sebuah media tempatan Indonesia ada mengaitkan tragedi perpisahan Bella dan Afie berpunca daripada kewujudan orang ketiga iaitu seorang wanita bernama Sarah Usman.

Sarah menerima tempias dan tidak semena-mena dituduh menjadi punca apabila memuat-naik sebuah foto di akaun Instagramnya bersama Afie Kalla sambil disertai kapsyen yang dianggap “kurang menyenangkan” oleh netizen.

“I love you… my cousin,“ tulis Sarah.

https://www.instagram.com/p/BRIFsLihfGI/?taken-by=sarahusman

Meskipun begitu, Sarah telah menyatakan bahawa dia dan Afie hanyalah sepupu dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta.

Isu itu telah menjadi bahan perdebatan umum malah ada yang sempat membanding-bandingkan kecantikan Bella dengan Sarah.

Bagaimanapun, jelas Pembantu Peribadi Bella yang mesra disapa Rita, hubungan aktres jagaannya itu bersama dengan Afie masih baik-baik sahaja.

Foto – instagram/askyfebrianti

Kata Rita, “Mana mungkin mereka putus tunang? Saya sendiri pun tak tahu apa-apa. Janganlah hanya kerana tindakan Bella memadamkan gambar, itu bermaksud mereka telah putus. Cuba fikir positif sikit,” ujarnya.

Keluarga besar Bella sekitar majlis pertunangannya dengan Afie Kalla. Foto – Instagram/reyhan.fadhilla

“Lagipun masing-masing sibuk dengan kerjaya, mereka memang jarang bertemu”, tambah Rita lagi.

[VIDEO] Kerana Hadiah, Nyanyian Pemuda Ini Cetus Gelak Tawa- "Kukira Opera Wings Rupanya..."

Nota kaki: Hentikan spekulasi, doa yang baik-baik je okay?

SUMBER 1, 2 & 3

Filem IndonesiagossipHeroin Filem Syurga Yang Tak DirindukanIsu Laudya Cynthia Bella Putus Tunang Dengan Afie KallaLaudya Cynthia BellaLaudya Cynthia Bella Putus TunangSelebriti IndonesiaViral
https://lomp.at/iyscg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara