Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Berang Minta Hukuman Diringankan Atas Faktor Saiz Badan Gemok, Warganet Mahu Siti Bainun ‘Diet’ Di Penjara!

by Puteri Alia
May 3, 2023
Share on Facebook

Tangisan dan senyuman lega yang terukir di bibir bagi setiap hamba Allah yang berasa berpuas hati dengan keputusan Mahkamah baru-baru ini berikutan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Kemenangan yang diraih oleh setiap mereka yang berjuang bagi pihak anak syurga ini tampaknya membuahkan hasil apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dijatuhkan ke atas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang disambut dengan penuh kesyukuran beberapa selebriti tanah air.

Pelakon Betty Banafe antara yang gigih memperjuangkan nasib seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella sejak kes dibawa ke mahkamah bersyukur dengan keputusan Hakim Izralizam Sanusi.

Melalui perkongsian Betty di Instagram, sebaik hukuman ke atas Siti Bainun dijatuhkan, suasana di mahkamah riuh dengan tangisan dan jeritan kegembiraan.

“#justiceforbella kemenangan akhirnya di pihak adik Bella anak kelainan upaya (OKU) down sindrom 13 tahun.

“Tangisan, jeritan, kegembiraan suasana di kongsi setelah tamat jatuh hukuman diberikan oleh hakim, pada ketika jam 12 tengah hari.

“Ramai di luar tak boleh masuk, para saksi para pembela dan penyokong #justiceforbella menunggu peluang bertukar tak masuk..

“Kawalan security yang kuat macam kes VVIP, almaklumlah kes pertama di Malaysia melibatkan kanak-kanak OKU yang didera pada tahap 4,” tulis Betty.

Dalam hantaran berkenaan, Betty turut mengucapkan syabas kepada pasukannya, saksi, peguam, pemerhati dan terutama sekali kepada Zuriaty dan Mona Din kerana gigih membawa kes Bella ke muka pengadilan.

“Syabas kepada team kita, para saksi, para dpp, lawyers pemerhati dan terutama our wisel blower Zuriaty mommy, Dan juga kak @monadin.

“Rasa lega sangat apabila keadilan terasa terbukti buat mereka yang teraniaya terutama pada Bella dan bekas penghuni rumah bonda.

“Adik adik X rumah bonda!!! Doa kalian termakbul jua,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Betty turut menitipkan ucapan takziah kepada Siti Bainun dan keluarga serta berharap perkara itu dapat menjadi iktibar kepadanya.

“Takziah buat Bainun dan keluarga, kami doakan moga ia menjadi iktibar dan Bainun berubah menjadi yang lebih baik dan menyesali segala kezaliman yang dilakukan.

“Moga Allah memberi hidayah dan melembutkan hati hati manusia yang kamu sakiti untuk memaafkan kamu.

“Tiada yang sempurna selain Allah. Maka baliklah kepada sang Pencipta kita ketika kita alpa dan tersesat. Moga kita semua dapat bertemu di jannahtu naim. Amin ya Rab” tulisnya.

Perkongsian Betty itu diulang siar beberapa selebriti lain yang turut gembira dengan hukuman dijatuhkan ke atas pengasas Rumah Bonda itu. Antaranya Ellie Suriaty, Zahida Rafik dan Sherry Ibrahim.

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun

Menjengah ke media sosial, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam tindakan pihak pembelaan Siti Bainun yang meminta Mahkamah Sesyen untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan anak guamnya atas alasan sudah insaf serta mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam mengenakan hukuman terhadap kesalahan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Terkini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini, selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana didapati bersalah.

siti bainun
https://lomp.at/sx7n6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara