Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bercerai Talak Satu, Joy Revfa Tiada Tempoh Iddah

by Khai Azfar
October 25, 2017
Share on Facebook

Setelah pelbagai spekulasi dan kontroversi yang melanda Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang disebut sejak berbulan-bulan lalu akhirnya berakhir dengan keputusan mahkamah hari ini.

Sah Cerai Talak Satu

Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari telah mengesahkan Hafiz dan Joy Revfa bercerai talak satu. Menerusi laporan dari Mstar pula, Hafiz telah melafazkan cerai terhadap Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Sebagai info pembaca murai.my mahkamah telah menjatuhkan talak satu ‘ba-in sugrha’ kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Malah kedua-duanya juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan.

Tiada Tempoh Edah

Berbeza dengan kes perceraian yang selalu kita dengar, dalam kes perceraian Hafiz dan Joy, tiada tempoh iddah bagi perceraian ‘ba-in Sugrha’ ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin. Malah kedua-duanya tidak boleh rujuk kecuali bernikah semula.

Saya Maafkan Dia – Hafiz

Akhirnya kemelut rumahtangga mereka diselesaikan dengan cara baik. Kedua-duanya turut merasa lega kerana segalanya sudah terjawab dan mengambil iktibar atas krisis yang berlaku berbulan-bulan lamanya. Bagi Joy, selepas ini beliau ingin memfokuskan perniagaan dan anaknya serta mahu memulakan hidup baru.

“Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia (Joy) dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan,”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hafiz Hamidunjoy revfa
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara