Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bergaduh Besar Dengan Zizan? Ini Pengakuan Mira Filzah

by Khai Azfar
April 12, 2018
Share on Facebook

Rasanya ramai yang ingin tahu apakah status terkini pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang sebelum ini kononnya hangat diperkatakan bercinta dengan Zizan Razak.

Masih Berkawan Baik

Dalam perkembangan terkini, Mira ketika ditemui di majlis pelancaran perisa baharu 100Plus Anggur Hitam berkata beliau dan Zizan masih lagi berkawan baik seperti biasa.

Menolak dakwaan mengenai mereka bergaduh besar, menurut Mira beliau tidak menetapkan sebarang jangkaan untuk meneruskan hubungan ke peringkat lain dengan mana-mana individu dan selesa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja ketika ini.

“Kami masih berkawan dan masih baik macam biasa. Masing – masing biasa, dia sibuk dan saya pun sibuk. Buat masa ini Mira memang sibuk dengan kerjaya dan komitmen itulah perkembangan terkini Mira..Nanti kalau ada perkembangan, pasti Mira akan kongsikan buat semua”

2018 Tahun Yang Sibuk!

Mira ketika ditanya murai.my mengenai kerjayanya pula, Mira menganggap tahun 2018 adalah tahun yang sibuk buatnya. Bersyukur dengan pelbagai tawaran yang diterima, menurut Mira selain daripada menjadi pengacara, beliau juga terlibat dengan beberapa drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi serta turut disunting menjadi duta untuk beberapa jenama.

“Mira boleh dikatakan agak sibuk juga tetapi tak adalah sampai balik jam 12 tengah malam macam itu. Hampir setiap hari Mira sibuk, penat itu memang tidak boleh dinafikan ,tetapi Mira anggap ianya sesuatu yang menyeronokkan”

Tahniah buat Mira! Semoga terus sukses dan kekalkan prestasi tanpa sebarang gosip liar!

Topik Berkaitan Program Realiti Drama Masakan 'Dapur Goodday' Kini Kembali

100Plus Terima Pengesahan Kementerian Kesihatan

Dalam perkembangan lain, 100Plus kini menerima pengesahan logo ‘Healthier Choice’ daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah 100Plus turut melancarkan minumannya berperisa baharu, iaitu 100Plus Blackcurrant yang akan mula berada di pasaran tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
100plusmira filzahmira filzah dan zizanZizan Razak
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara