Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Berinspirasikan Switzerland! Dua Sekolah Tempatan Rangkul Juara LEGO Asia

by Phic ARMAN
October 1, 2025
Share on Facebook

Johor Bahru kembali meriah hujung minggu lalu apabila LEGOLAND® Malaysia Resort menjadi lokasi final LEGOLAND® School Challenge 2025 pada 21 hingga 23 September. Pertandingan LEGO® terbesar Asia ini benar-benar mencuri perhatian apabila dua sekolah tempatan, SK Port Dickson, Negeri Sembilan dan SBPI Gopeng, Perak, berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori utama.

Suasana Penuh Debaran di LEGOLAND®

View this post on Instagram

A post shared by LEGOLAND Malaysia Official (@legolandmalaysia)

MURAI yang turut berada di sana dapat saksikan sendiri betapa meriahnya suasana. Seawal pagi lagi, dewan pertandingan sudah dipenuhi dengan sorakan dan semangat para pelajar dari tujuh negara yang hadir membawa hasil karya masing-masing. Tema tahun ini, “Build Your Dream Destination”, memang mencabar kreativiti, ada binaan ala taman tema di Marikh, ada juga resort pulau hijau yang mesra alam.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kategori Primary dan Secondary, yang akhirnya dimenangi oleh pasukan dari Malaysia sendiri.

LEGEND INSPIRE Angkat Nama SK Port Dickson

Pasukan LEGEND INSPIRE dari SK Port Dickson muncul juara kategori Primary. Mereka mempertaruhkan binaan berinspirasikan Switzerland yang mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan. Bukan sekadar main-main, mereka sanggup tinggal selepas waktu sekolah semata-mata mahu memastikan setiap perincian sempurna.

Kata mereka, cabaran paling sukar ialah membina air terjun yang mengalir berlapis serta mencari LEGO parts yang sesuai. Namun hasil kerjasama akhirnya membuahkan kejayaan. Hadiah paling bermakna? Trip pertama mereka ke Korea.

Hadiah & Pameran di MINILAND

Secara keseluruhan, hadiah bernilai lebih RM200,000 menjadi rebutan. Selain LEGO set eksklusif, trofi dan annual pass, juara Primary dan Secondary dari Malaysia membawa pulang hadiah paling istimewa  percutian ke Korea.

Apa yang lebih menarik, semua hasil binaan finalis kini dipamerkan di MINILAND LEGOLAND® Malaysia Resort sehingga Disember 2025. Jadi, kalau nak tengok sendiri hasil kerja tangan generasi kreatif dari seluruh Asia, inilah peluangnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
legoland
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara