Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Berita Baik Buat Penjaja, DBKL Umum Potongan Sewa Tapak Hingga 50% Bermula 1 April

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita melegakan buat peniaga kecil di ibu kota apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan premis perniagaan kecil di bawah seliaannya sebanyak 50 peratus.

Inisiatif tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 April 2026 sehingga 31 Disember 2027, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja dan peniaga mikro di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, berkata inisiatif berkenaan dijangka memberikan manfaat kepada lebih 10,000 tapak penjaja dan premis perniagaan kecil milik DBKL  sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos operasi yang dihadapi mereka.

“Inisiatif ini sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos operasi dihadapi penjaja dan peniaga mikro di bandar,” katanya pada sidang media Pengumuman Pemotongan Sewa 50 Peratus Tapak Penjaja di Pusat Penjaja Permaisuri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh

Bantu Peniaga Hadapi Tekanan Kos Sara Hidup

Menurut Hannah Yeoh, langkah ini diambil bagi membantu penjaja dan peniaga kecil menghadapi tekanan kos operasi yang semakin meningkat.

Katanya, ketidaktentuan ekonomi global termasuk kenaikan harga minyak dunia serta kos logistik turut memberi kesan kepada perniagaan kecil di bandar.

“Langkah itu adalah pendekatan sementara bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos sara hidup semasa, selain mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar yang dilaksanakan memberi kelegaan nyata kepada peniaga kecil,”katanya.

Melalui pengurangan kadar sewa ini, peniaga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan bulanan.

Topik Berkaitan “Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

Kadar Minimum Sewa RM50 Sebulan

Walaupun pengurangan sebanyak 50 peratus diberikan, kadar sewaan minimum yang dikenakan kepada penyewa tetap ditetapkan pada RM50 sebulan.

Sebagai contoh:

  • Jika sewa asal RM160, selepas potongan 50% menjadi RM80
  • Jika sewa asal RM80, potongan matematik menjadi RM40, namun kadar sebenar dikenakan ialah RM50
  • Jika sewa asal RM30, kadar tersebut akan kekal RM30 tanpa perubahan

Langkah ini diambil bagi memastikan keseimbangan antara bantuan kepada peniaga serta keupayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk terus menyediakan kemudahan kepada warga kota.

Via Facebook Rasmi Hannah Yeoh

Syarat Untuk Nikmati Insentif

Namun begitu, penyewa yang ingin menikmati pengurangan kadar sewa ini perlu memenuhi satu syarat penting iaitu menjelaskan sebarang tunggakan sedia ada terlebih dahulu.

Menurut Hannah Yeoh, syarat ini penting kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pemohon lain yang ingin mendapatkan tapak penjaja dan premis perniagaan milik DBKL.

Via Facebook Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Antara PBT Terawal Laksana Inisiatif

Langkah ini juga menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara pihak berkuasa tempatan terawal di Malaysia yang melaksanakan pengurangan kadar sewa secara menyeluruh pada skala besar.

Inisiatif tersebut juga selaras dengan usaha Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat khususnya golongan peniaga kecil menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi Murai, langkah DBKL ini memang satu berita baik buat penjaja dan peniaga kecil di ibu kota. Dalam keadaan kos bahan mentah dan kos operasi semakin meningkat, pengurangan sewa seperti ini sekurang-kurangnya boleh memberi sedikit ruang kepada peniaga untuk terus bertahan dan menjalankan perniagaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DBKLpengurangan kadar sewaan tapak penjaja
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara