• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Berjaya Pulih Daripada Kanser Payudara, Marshanda Mahu Rai Perjuangan Dengan Tonton Konsert Taylor Swift

by Puteri Alia
October 4, 2023
Share on Facebook

Pelakon Marshanda dengan gembiranya mengakui, perjuangannya melawan kanser kini selesai. Dia kini sepenuhnya pulih daripada kanser payudara.

Penyakit yang dihadapi hampir dua tahun itu sebelum ini memasuki tahap empat, malah dianggap sebagai keajaiban jika dapat kembali sihat.

Begitupun, kata pelakon berusia 34 tahun itu, bukan sekadar rawatan moden, dia turut mendapatkan perubatan alternatif selepas menjalani pembedahan.

Usai pembedahan kali pertama, doktor memaklumkan wujud lagi sel kanser yang lebih ganas, tetapi seminggu lalu selepas pemeriksaan semula, sel tersebut sudah hilang.

Biarpun perlu menjalani pemeriksaan berkala, ibu kepada seorang puteri ini bersyukur dengan keajaiban kurniaan Tuhan.

Demi meraikan kesihatan dan memenuhi permintaan anak tunggalnya, Sienna Kasyafani, Marshanda sudah bersedia untuk menempah tiket menonton konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac 2024.

Terdahulu, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik selain meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah itu.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Menerusi video tersebut juga, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu ada meninggalkan
pesanan buat anak perempuannya, Sienna Kasyafani, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

Selain itu, dia turut meminta Sienna untuk mendengarkan lagu yang ditulisnya buat puteri kesayangannya itu.

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Sekadar informasi, Marshanda terdahulu berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

Marshanda
https://lomp.at/t6sfh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @iamaliffaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak- “Cik Lan Ajak Pergi Night Walk Lagi”

by Nurul A.
October 7, 2025

Semalam, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz telah menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya. Video...

Read moreDetails
Lokal

24 Tahun Tanpa Bilik Sendiri, Syada Amzah Dedah Luka Privasi Yang Buatnya Tak Sedia Berkahwin Awal

by Puteri Alia
November 18, 2025

Penyanyi dan pempengaruh, Syada Amzah, 27, mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka mendedahkan sisi hidup yang jarang dikongsikan mana-mana selebriti...

Read moreDetails
Lokal

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut

by Puteri Alia
October 29, 2025

Pelakon terkenal Zul Ariffin akhirnya mendedahkan sebab sebenar di sebalik pembatalan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah, yang sebelum ini dirancang...

Read moreDetails
Lokal

Siti Sairah Tegur Perbuatan Buruk Sihir, Tapi Rahsiakan Siapa Disasarkan

by Puteri Alia
November 20, 2025

“Apa yang saya tulis itu adalah luahan yang terpendam dan bila sudah diluah, biarlah ia berlalu,” ujar penyanyi Siti Sairah,...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Bidas Babak Intim Drama – “Berkemban, Sentuhan, Cium Kepala… Jangan! Itu Zina Berat”

by Puteri Alia
November 24, 2025

Abby Abadi kembali mencuri perhatian apabila tampil menegur kecenderungan produksi drama yang semakin berani menampilkan adegan terlalu intim sehingga menimbulkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore