Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Berkat Jaga Ibu Uzur Dan Usaha Buat Video Lucu, Mimi Peri Terharu Dibawa Ke Malaysia Sebagai Pelakon

by Puteri Alia
July 31, 2023
Share on Facebook

Anak yang memuliakan ibu bapanya akan mendapat ganjaran pahala. Ia bersamaan pahala berjihad dijalan Allah SWT kerana pengorbanan menjaga dan merawat ibu bapa dengan baik juga adalah sangat dituntut di dalam Islam.

Memuliakan ibu bapa juga adalah satu ibadah iaitu tidak sempurna amal ibadah seseorang anak jika beliau mengabaikan kebajikan ibu bapa.

Dari itu jagalah ibu bapa dan anggaplah itu sebagai ibadah yang menyenangkan kita kerana apabila kita ikhlas, segalanya mudah dilakukan tanpa merasa ia suatu beban.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pempengaruh media sosial terkenal Indonesia, Mimi Peri tidak menyangka impian melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) tertunai apabila berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem lakonannya, Mat Tudung Begins.

Mimi yang terkenal sebagai watak “peri” sering tampil dengan video-video lucu ini sebenarnya dikhabarkan sedang menjada ibu yang sedang sakit di Indonesia. Justeru dengan wajah yang bersahaja dan lucu, dia dikatakan sering membuat konten yang bikin ramai terhibur.

Malahan, Mimi atau nama sebenarnya, Ahmad Jaelani terkejut apabila dia dikenali dan diserbu peminat dari Malaysia yang ingin bergambar ketika berada di KLCC.

Tidak sangka ya, selama ini saya hanya melihat KLCC di televisyen atau pun media sahaja, kali ini saya benar-benar datang dan bergambar di KLCC. Memang sudah lama saya memasang impian untuk melihatnya dengan mata sendiri.

“Alhamdulillah, impian itu tertunai apabila Datuk Fizz Fairuz membawa saya ke sini. Terima kasih sangat,” ujarnya.

Selain itu, Mimi mengakui kerana promosi filem Mat Tudung Begins di Malaysia dia buat julung kalinya dapat ke luar negara.

“Saya tidak pernah memiliki pasport, jadi apabila mahu ke sini (Malaysia) Datuk Fizz meminta saya buat passport. Tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan saya apabila diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Saya tidak boleh tidur lena selama sebulan kerana memikirkan bagaimana penerimaan orang Malaysia. Saya pula tidak pernah ke luar negara.

“Ibu pesan agar saya berhati-hati sepanjang di sini. Tidak sangka saya dapat berlakon filem di Malaysia, impian saya menjadi pelakon termakbul,” kata Mimi menahan sebak.

Mimi yang popular dengan tagline ‘Sahur’ bersyukur dirinya diterima ramai meskipun hanya berbekalkan kandungan mencuit hati.

Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM, Luahan Isteri Cetus Tanda Tanya - “Dijauhi Dengan Orang Yang Hati Busuk"

Biarpun pernah dikecam terutama kerana rupa parasnya, Mimi tidak kisah kerana niatnya hanya mahu menghiburkan orang ramai.

Dengan wajah yang begini juga sudah dapat berlakon filem di Malaysia, buat apa saya ubah ciptaan Allah. Sebagai Mimi Peri inilah watak saya, tetapi di luar saya adalah lelaki, Ahmad Jaelani,” tutur Mimi seraya ketawa.

elmy nadiaFizz Fairuzmimi peri
https://lomp.at/04tr9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore