Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Bertemakan Indahnya Pengorbanan! Berikut Merupakan Program Khas Sempena Aidiladha 2022

by Aphit J.
July 3, 2022
via RTM

via RTM

Share on Facebook

Salam Aidiladha dizahirkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 dengan menjanjikan tayangan beberapa program terbaik bersiaran empat hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai depan.

Bertemakan Indahnya Pengorbanan

Tahun ini, mengangkat tema Indahnya Pengorbanan, penonton saluran TV2 berpeluang membuat pilihan program yang disiarkan mengikut citarasa mereka sendiri merangkumi telemovie, hiburan, bual bicara dan filem pelbagai genre.

Hiburan Muzikal Santai

Hiburan Khas Aidiladha dibawakan kepada semua terbitan Unit Hiburan TV RTM dalam program diberi tajuk “Nur El Adha” disiarkan pada 9 Julai ini, pukul 9.30 malam yang menyajikan hiburan muzikal santai yang diselangi dengan perkongsian ilmu daripada Ustaz Abdullah Khairi tentang makna dan konsep pengorbanan dalam Ibadah.

Nur El Adha menampilkan pengacara Amin Idris dan Fiza Saad serta artis-artis terkenal tanah air seperti Black Hanifah, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Pasya, Wani Kayrie, Wani Syaz serta penampilan istimewa bekas atlet dan ratu boling kebangsaan Syaidatul Afifah.

Persembahan Lagu Nasyid

via RTM

Berhibur dengan persembahan lagu-lagu bergenre nasyid, world music dan puisi ketuhanan dalam tiga konsert daripada kumpulan nasyid terkenal tanah air.

Program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini bermula dengan “Konsert Minggu Ini Mirwana” (10 Julai 2022, pukul 8.30 pagi), membawakan duo Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, “Konsert Minggu Ini Nazrey X Hijjaz” (11 Julai 2022, 8.30 pagi) dan Konsert Minggu Ini In Team” (12 Julai 2022, 8.30 pagi) menampilkan artis undangan Achey.

Banyak Topik Menarik

Edisi khas Aidiladha program “Tapau Show #kasiviral” bersiaran secara langsung pada 10 Julai ini, pukul 11.00 pagi.

Mengetengahkan tajuk ‘level up’, program satu jam yang mengetengahkan gandingan hos Afieq Shazwan dan Nen Tebabo ini mengupas topik dakwah cyber dan pengorbanan. Artis undangan khas episod ini Ustza Rahmat, Johan As’ari, Idris Shamsuddin, Sky Kyoji dan Ijoy.

“Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

Drama Dan Filem Yang Menarik

via RTM

Antara lain, program yang ditunggu-tunggu pastinya tayangan telemovie khas bertajuk “Hidayah Bukan Milik Kita”, Sebelum Pulang” dan “Rock Sampai Jannah”.

Penggemar filem pula nantikan tayangan “Bikeman 2”, “Ka Pae Ranasingam” dan “Yeh Saali Aashiqui”.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

RTM
https://lomp.at/af17t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Siri Baharu ‘THE ONE PIECE’ Bakal Temui Peminat Di Netflix Pada Februari 2027!

by Nurul A.
May 8, 2026

'THE ONE PIECE' ialah siri anime baharu yang mengadaptasi manga asal dari awal saga East Blue. Diterbitkan oleh WIT STUDIO,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara