Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Betty Rahmad Dedah Rahsia Hati Tenang – “Iman Pun Perlu Servis Macam Tukar Minyak Hitam”

by Puteri Alia
November 4, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad mengakui bahawa kehadirannya ke majlis ilmu secara konsisten bukan sekadar aktiviti pengisian masa, tetapi menjadi satu bentuk penjagaan rohani yang amat penting dalam kehidupannya. Bagi Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 45, majlis ilmu diibaratkan sebagai ‘pusat servis’ yang berfungsi memperbetulkan semula hati dan jiwa yang kadangkala tersasar daripada landasan iman akibat sibuk dengan urusan dunia.

“Majlis ilmu ini ibarat pusat servis bagi saya. Kadang ‘alignment’ iman lari, jadi perlu servis semula. Sama seperti kita tukar minyak hitam atau servis pendingin hawa untuk elakkan kerosakan. Bukan sebab rasa diri baik. Saya pergi sebab nak jadi lebih baik. Ilmu inilah nanti jadi bekal bila kita dah tiada,” katanya menerusi satu perkongsian di Threads.

Tambah adik kepada pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima itu, menghadiri majlis ilmu memberikan ketenangan serta ruang untuknya muhasabah diri. Katanya, manusia mudah leka dan lalai, justeru majlis ilmu berperanan menarik kembali jiwa yang hampir tersasar agar terus berpegang pada ajaran Islam.

“Kalau rasa nak tersasar, pergi majlis ilmu. Insya-Allah Allah tarik balik ke jalan betul. Kalau ada kekurangan, salahkan diri sendiri sebagai manusia yang buat dosa. Jangan salahkan majlis ilmu. Cuba pergi dan rasa sendiri ketenangan yang Allah bagi,” ujarnya dengan nada penuh makna.

Menurut Betty, kehadiran ke majlis seperti itu bukan bermaksud seseorang itu sudah baik, sebaliknya tanda usaha untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Baginya, majlis ilmu menjadi tempat untuk memperbaharui niat, mendidik hati agar tidak keras, serta mengingatkan dirinya bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara.

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

“Setiap kali saya hadir majlis ilmu, saya dapat rasakan ada sesuatu dalam hati yang Allah perbaiki. Ia menenangkan dan menguatkan semangat untuk terus istiqamah. Kadang kita terlalu sibuk kejar dunia, sampai lupa nak jaga hati. Jadi inilah cara saya ‘servis’ balik hati sendiri,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya di media sosial yang memuji langkah Betty menjadikan majlis ilmu sebagai rutin tetap dalam hidupnya. Ramai yang menganggap tindakannya sebagai contoh baik dalam kalangan selebriti yang sering menjadi perhatian masyarakat.

Rata-rata netizen turut menitipkan doa agar pelakon drama Spa Q itu terus istiqamah dalam mencari keredaan Ilahi dan sentiasa diberi kekuatan untuk mengekalkan semangat menuntut ilmu. Tidak kurang juga yang berharap lebih ramai selebriti lain menjadikan amalan menghadiri majlis ilmu sebagai budaya positif dalam kehidupan seharian.

Bagi Betty, apa yang dilakukannya bukan untuk menunjuk, tetapi sebagai usaha peribadi memperbaiki diri dan mencari ketenangan sebenar.

“Ketenangan itu tak datang dari pujian atau kejayaan, tapi dari hati yang sentiasa diservis dengan ilmu,” ujarnya penuh keinsafan.

betty rahmad
https://lomp.at/4ioli
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara