Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Betul Ke iOS 26 Buatkan Bateri Phone Cepat ‘Drain’? Ini Komen Apple

by Phic ARMAN
September 16, 2025
Share on Facebook

Kalian yang pakai iPhone mesti dah perasan kan, setiap kali Apple lepaskan update baru je, mesti ada yang merungut bateri cepat susut. Kali ni, iOS 26 pulak jadi bualan hangat sebab ramai rasa bateri macam ‘haus tenaga’ lepas update. Tapi sabar dulu geng, Apple sendiri dah jelaskan cerita sebenar dan jawapan dia memang padu!

iOS 26 yang baru je drop Isnin lepas ni sebenarnya bawa banyak benda fresh. Ada fungsi call screening yang lagi power, dan rekaan Liquid Glass yang nampak lebih slick. Tapi bila ramai perasan bateri iPhone cepat drain, Apple terus bagi kenyataan rasmi: “Normal je beb, takde benda nak panik pun.”

Menurut Apple, lepas kalian update, iPhone kalian akan buat kerja ‘belakang tabir’, macam indexing data, kemas kini apps, dan download aset baru. Proses ni memang telan tenaga sikit, sebab tu bateri macam cepat habis. Malah, kadang-kadang phone kalian boleh rasa panas sikit. Tapi yang penting, semua ni sementara je. Lepas beberapa hari, bila proses setup settle, bateri akan balik normal.

Apple juga ingatkan, cara kalian guna iPhone pun main peranan. Lagi-lagi kalau kalian excited nak cuba features baru iOS 26 ni. Makin lama kalian hadap phone, makin cepatlah bateri menyusut. Jadi, jangan risau sangat, bukan iOS 26 yang ‘curi’ bateri, cuma phone tengah sesuaikan diri.

So, konklusinya, tak perlu panik, geng! Kalau nampak bateri macam tak cukup nafas lepas update iOS 26, itu cuma fasa peralihan. Bagi je masa sikit, nanti iPhone kalian kembali steady macam biasa.

[VIDEO] Apple Turunkan Harga iPhone 17, Ramai Tak Sangka Lebih Murah Dari iPhone 16
AppleiOS 26
https://lomp.at/6hcbk
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara