Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Biadab! Orang Singapura Halau Lelaki Rakyat Malaysia Ini Pulang Ke Negara Asal

by Phic ARMAN
September 28, 2022
Share on Facebook

Tidak seindah yang di sangka, begitulah yang dirasakan oleh segelintir warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura. Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang disiarkan oleh @w4yne3 di TikTok. Dalam video tersebut memaparkan pergaduhan mulut di antara seorang lelaki tua warga Singapura dengan seorang pemuda dari Malaysia.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di sebuah MRT di negara seberang tersebut. Setelah video itu tualr, rata-rata netizen telah meninggalkan komen kritikan, terutamanya dengan cara dan perangai orang tua tersebut.

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/09/ssstik.io_1664339065132.mp4

VIA TikTok 

Sebenarnya, pergaduhan tersebut berpunca dari perebutan kerusi dalam MRT. Seperti yang dilaporkan oleh laman berita SingaporeUncensored, kononnya lelaki muda yang dimarahi oleh orang tua melakukan kesalahan kerana duduk di tempat khas yang sepatutnya disediakan untuk warga emas. Orang tua itu bertindak agresif apabila meminta lelaki tersebut pulang ke negara asalnya.

Lelaki Malaysia itu menegur lelaki itu kerana bercakap kasar dan berkata tiada warga emas di dalam MRT tersebut. Lelaki tua itu kemudian berkata “Jangan datang ke sini untuk mendapatkan dolar Singapura, kembalilah ke negara kamu”.

VIA TikTok 

Lelaki dari Malaysia itu mula mencabar lelaki itu untuk bergaduh, “Kalau awak berani pukul saya, jangan cakap macam tu.” Walaupun orang tua itu menolak ‘tawaran’ tersebut, dia terus mengulang meminta lelaki muda itu supaya pulang bukan sahaja ke Malaysia, malah China juga.

Lelaki Malaysia itu kemudian berkata dia akan mengambil gambarnya dan memberitahunya supaya berhati-hati apabila meninggalkan rumahnya dengan cara mengancam. Bagaimanapun, netizen berkata, orang tua itu memang sengaja  membuat kekecohan dan mencari salah orang dalam MRT

Untuk rekod, kedua lelaki ini sebenarnya boleh di saman oleh pihak berkuasa Singapura. Sesiapa yang membuat gangguan di kawasan awam secara berlebihan sehingga mendatangkan kegusaran atau ketidakselesaan kepada orang lain boleh didenda sehingga $1,000 atau penjara tiga bulan.

https://lomp.at/ze6wl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara