Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Biar Betul? Bayar RM78,000 Untuk Makan Malam Di Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
May 12, 2017
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tak suka makan? Rata-rata rakyat Malaysia ni memang mengaku diri mereka sebagai suka makan. Lihat sahaja dalam media sosial, penuh dengan gambar makanan selain daripada gambar melancong, gambar anak anak, dan gambar kucing, dan sebagainya.

Mungkin kita biasa dengar rakyat Malaysia mengeluh keadaan ekonomi negara kita kurang baik  dan mula berjimat. Mungkin ini waktu yang sukar bagi yang berpendapatan rendah namun baru-baru ini  seseorang telah berkongsi pengalaman makan malam mencecah  RM 78,000 di Kuala Lumpu dan membuktikan wang bukan penghalang untuk menikmati segalanya.

Individu ini telah berkongsi resit pembayaran sejumlah RM78,478.80 termasuk GST dan cukai. Walaupun resit ini tidak tertera nama restoran tetapi netizen telah memaklumkan lokasi restoran ini adalah di Marble 8. Di mana Marble 8? Ia terletak di Menara 3 PETRONAS, KLCC.

Jika dilihat pada resit  yang mahal ini tertera nama berberapa jenis minuman alkohol menjadi pilihan. Sejenis minuman keras tertulis Chateau Margaux sudah mencecah belasan ribu. Untuk makanan, menu bernama Caviar dan Tomahawk adalah yang paling mahal manakala selebihnya mencecah ratusan ringgit.

Difahamkan seramai 12 orang membelanjakan sebanyak RM 78,478.80 dan setiap daripada mereka membayar RM 6,539.90 seorang. Lebih mahal dari gaji seorang Eksekutif sebuah syarikat.

Kalau dihitung nilai yang dibelanjakan demi meraikan makan malam, sama dengan nilai membeli sebuah rumah teres di ibu kota ataupun sebuah kereta Honda City. Masih ramai lagi yang terlebih mampu di Malaysia sekarang ni.

Sumber

[VIDEO] "Nenek Cakap Aura Dia..." - Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC
foodloverklccmakanan di malaysiamakanan paling mahal di kuala lumpurmarble 8 KLCCmarbleMenara 3 PETRONASrakyat malaysia mampurestoran paling mahalrestoran paling mahal di kuala lumpur
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem