Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Biar Betul! Firdaus Wong Diugut Individu Berpangkat Datuk?

Pendakwah tegas tidak mahu terlibat dalam budaya tidak sihat

by Puteri Alia
December 6, 2021
Foto - Instagram @firdauswong

Foto - Instagram @firdauswong

Share on Facebook

Tular di media sosial milik pendakwah bebas terkenal Firdaus Wong, di mana pendakwah ini berkongsi beberapa foto tangkap layar perbualannya bersama seorang individu di aplikasi WhatsApp di akaun Instagram nya baru-baru ini.

Individu Berstatus Ugut Pendakwah

Menerusi mesej perbualan yang dikongsikan, difahamkan individu tersebut merupakan seseorang yang berpangkat dan mahu pendakwah bebas ini membeli sebuah bangunan badan bukan kerajaan (NGO) miliknya.

Namun Firdaus Wong menolak pembelian hartanah tersebut kerana ia bukan keutamaan persatuannya Multiracial Reverted Muslim (MRM), dan melihat maklum balas dari pendakwah tersebut individu berstatus itu menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya.

View this post on Instagram

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Enggan Terlibat Dalam Budaya Tidak Sihat

Menerima mesej berbaur ugutan sedemikian, pendakwah ini menyatakan pendiriannya secara tegas bahawa urusan pembelian seperti itu dianggap sebuah budaya yang tidak sihat.

Selain itu, Firdaus Wong juga menjelaskan wang yang dimiliki dalam persatuannya banyak dibelanjakan dalam projek-projek kebajikan dan dimaklumkan projek yang dijalankan telah menelan belanja lebih RM1 juta untuk kebajikan masyarakat.

Foto – Instagram @firdauswong

“Saya hormat sesiapa dan mana-mana NGO yang mahu membeli hartanah. Satu usaha dan inisiatif yang bagus. Kalau kami mampu, kami juga akan buat yang sama.

Namun pasca PKP COVID19, pembelian hartanah untuk NGO bukan keutamaan kami di Multiracial Reverted Muslim – MRM.

Fokus kami lebih kepada pemeriksaan pendakwah menerusi pembangunan insan (human capital), pemerkasaan penyampaian dakwah yang lebih efektif serta serba sedikit projek kebajikan buat masyarakat di mana MRM telah membelanjakan lebih dari RM1 juta untuk projek kebajikan.

Saya berkongsi kisah kami diugut individu bergelar Datuk kerana enggan menyumbang untuk pembelian bangunan sebuah NGO miliknya kerana ini bukan budaya yang sihat. Apatah lagi ianya datang dari seorang yang bergelar Datuk dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat?

Saya tidak akan mendedahkan identiti beliau tetapi sekadar berharap tiada siapa akan merasa tertekan ‘diugut’ kerana enggan menyumbang.

Saya hormati visi dan misi NGO lain. Lain NGO, lain cara. Di MRM kami ada visi dan misi tetapi pembelian bangunan milik kami sendiri bukan keutamaan. Fokus kami memperkasakan pendakwah kami dengan ilmu dan kemahiran serta mempelbagaikan kaedah dakwah yang lebih efektif dengan teknologi.

*Jaga adab dan akhlak kita. Jangan caci tetapi doakan agar urusan Datuk itu dipermudahkan oleh Allah.” Luahnya

Netizen Sindir Perlakuan Individu Bergelar Datuk

Melihat kandungan mesej perbualan yang dikongsikan Firdaus Wong di Instagram nya, membuatkan orang ramai memberi komen berbaur sindiran terhadap individu berpangkat tersebut di ruangan komen posting pendakwah berkenaan.

Foto – Instagram @firdauswong

“Ada kepentingan di situ…”

“Datuk tak tahu malu ni.. Teruskan usaha bro..”

“Dato “tunggang agama”. Full stop”

“Nada angkuh di akhir perbualan itu”

“Beli bangunan minta sumbangan, nanti dia dapat nama. Something fishy sangat”

“Ramai pegang gelaran Datuk ni perangai sebijik macam ni… Pakat ke”

“Dato beli ke tu… Saja tanya.. Jarang dengar Dato mengemis” komen warganet

Apa pandangan anda tentang isu seperti ini?

Firdaus WongHartanahUgut
https://lomp.at/g96ct
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara