Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Bimbang Ada Rusuhan? Ini 7 Tips Untuk ‘Solo Traveler’ Pertama Kali Ke India

by Phic ARMAN
February 28, 2020
Share on Facebook

Buat yang ‘Kaki Travel’, pasti anda bersetuju jika penulis katakan India adalah destinasi pelancongan yang luar biasa. Terdapat Taj Mahal, Kuil Emas Amritsar, Istana Megah Udaipur, dan banyak lagi. Malangnya, ramai yang takut dan bimbang jika mahu ke India pada saat ini, lagi -lagi orang muslim

Seperti yang dilaporkan dari akhbar tempatan, ibu kota di India sedang mengalami huru-hara yang tercetus akibat rakyat membantah undang-undang kerakyatan diumumkan Perdana Menteri Narendra Modi yang penuh kontroversi.

Susulan dari hal itu, ia menjadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran. AFP melaporkan perusuh membakar rumah, kedai, dua masjid, dua sekolah dan stesen minyak.

Jadi kepada para pelancong yang mahu terus berkunjung ke India, risiko bahaya itu tetap ada, cuma anda harus lebih berjaga-jaga dan menjaga keselamatan diri.

Selamat ke ‘Solo Traveler’ Ke India?

Jika yang melancong secara berkumpulan mengikut agensi pelancongan mungkin anda tak perlu fikir banyak tentang hal keselamatan, tetapi bagaimana dengan ‘Solo Traveler’ atau Backpacker yang datang bersendirian?

Atas sebab ini, penulis ingin berkongsi 6 Tips agar selamat dan selesa memasuki India buat kali pertama. Tips ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang berkunjung ke India baru-baru ini.

Harus Menipu Demi Kebaikan

Pahalgam, Kashmir – Via IG Phic Arman

Di India anda akan terbiasa dengan soalan “Adakah ini pertama kali ke India”. Nampak macam soalan beramah mesra tapi sebenarnya ada muslihat. Kalau ditanya soalan begini, jawab saja sudah 10 kali ke India tapi daerah yang berbeza.

Bagi mereka jika pertama kali datang ke India bermakna kita tidak tahu apa-apa tentang India, maka mudahlah  untuk ditipu.

Nak Melancong Tapi Pokai? Nah! Ini Destinasi Di Asia Yang Mesra Bajet

Jangan Berharapkan Buku Panduan Atau Info Dari Internet

Jangan 100 peratus mengikuti buku panduan perjalanan kerana banyak maklumat berubah dengan cepat. Penulis mengesyorkan agar anda mencari maklumat secara langsung dari penduduk setempat atau pelancong asing yang lain.

Sekiranya anda ingin bertanya tentang tunjuk arah, tanya sekurang-kurangnya kepada 3 orang berbeza supaya anda boleh mempertimbangkan jawapannya.

Pastikan Anda Mempunyai Wang Yang Kecil

Dal Lake, Kashmir – Via IG Phic Arman

Bersedia untuk membayar dengan wang yang tepat. Jika anda membayar dengan wang yang lebih daripada harga, ada kemungkinan wang baki itu tidak akan diberikan. Mereka akan sentiasa memberi alasan tiada wang baki sambil geleng-geleng kepala. Itu menipu namanya!

Kita kena faham, mereka bekerja keras untuk dapatkan wang setiap hari kerana ekonomi negara mereka yang kurang stabil. Jadi masa ini mereka nak ‘ketuk’ pelancong asing.

Simpan Nombor Telefon Kecemasan

Di India, kita akan terdedah dengan situasi yang tak diduga, lagi-lagi kepada ‘Solo Traveller’. Jika anda sudah membuat tempahan hotel, kalau boleh menghubungi hotel itu terlebih dahulu untuk memaklumkan kehadiran anda pada waktu tertentu. Pastikan lokasi dan hotel itu benar-benar wujud dengan membaca review dari Trip Advisor.

Pengalaman penulis, hotel yang ditempah menerusi laman Oyorooms beserta sarapan pagi selama 3 hari sudah tamat operasi. Hotel tersebut sudah menamatkan operasi sejak berbulan-bulan yang lalu namun tidak diketahui pihak Oyorooms. Teruk bukan?

Jika anda kurang selesa dengan sikap sesetengah orang di India atau scammer, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan daripada pihak berkuasa.

Simpan nombor yang boleh dihubungi seperti polis tempatan, kedutaan, atau pusat pelancongan.

Jalinkan Hubungan Baik Dengan Penduduk Tempatan

Sebelum ke India, disarankan supaya kita berkenalan dengan penduduk di tempat yang kita kunjungi. Banyak aplikasi yang boleh menghungkan anda dengan penduduk tempatan ataupun pengembara lain contohnya menerusi aplikasi CouchSurfing.

Kalendar Pelancongan Agoda 2025: Destinasi Terbaik Asia Setiap Bulan

Menjalinkan persahabatan dengan penduduk tempatan di setiap kawasan yang kita lawati sangat berguna. Sekurang-kurang kita boleh dapat bantuan segera jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.

Belajar Bahasa Mereka

Sekiranya anda ingin bertanya kepada penduduk setempat, menyapa mereka dengan panggilan yang baik seperti  supaya mereka lebih bersedia membantu anda.

Belajar beberapa perkataan di India kerana penduduk tempatan akan lebih suka dan menghargai mereka jika anda boleh bercakap dalam bahasa India, walaupun hanya satu atau dua perkataan.

Pakai Topeng Wajah Jika Perlu

Via Gizmodo

Salah satu kelebihan penduduk tempatan di India, mereka boleh mengenal pasti wajah seorang pelancong, malah mereka siap boleh tahu kita dari negara mana. Agak sukar bila berjalan sendirian di ibu kota kerana sering di ajak naik tuk-tuk dan disapa oleh peniaga tempatan.

Jadi kalau anda rasa hidup anda tenang tanpa di ganggu, pakai saja topeng muka seolah-olah anda alergi dengan habuk dan terus berjalan seperti orang tempatan.

AmritsarAnti Muslim Di IndiaGolden Temple AMritsarindiaJaiput Tips SelamatKashmirOyoroom MenipuOyorooms ScammerRusuhan di IndiaTips IndiaTips Jimat Backpackers IndiaTips Ke KashmirTips Ke PahalgamTips Selamat Ke IndiaTips Selamat Solo TravelerTips Solo Traveler
https://lomp.at/mk1bz
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lake Çıldır, Kars
Jalan-Jalan

Kars, Ağrı & Van: Lokasi Türkiye Yang Tak Ramai Singgah Padahal Cantik Gila!

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Percutian musim sejuk kini makin jadi pilihan ramai. Menurut Indeks Perjalanan Musim Sejuk Tripadvisor, 60% pelancong memang dah siap merancang...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Hidupkan Semula SkyBoss, 3 Sebab Kaki Travel Akan Rasa “Ini Berbaloi”

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting.  Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore