Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026
Share on Facebook

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. turut mengambil bahagian sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi di Dataran Putrajaya.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, penglibatan Gardenia dilihat sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi MURAI, kehadiran jenama tempatan dalam acara sebegini memang menarik kerana ia bukan sekadar tentang produk, tetapi bagaimana jenama mendekati masyarakat dalam suasana yang cukup bermakna.

Ada Roti Baharu Untuk Dicuba!

Dalam kesempatan sama, Gardenia memperkenalkan Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g, variasi baharu dalam rangkaian Original Classic.

Menampilkan kepingan roti yang lebih tebal dengan tekstur lembut, roti ini sesuai dinikmati begitu sahaja atau dijadikan bahan untuk pelbagai resipi. Senang cerita, memang versatile untuk sarapan, minum petang atau bila-bila masa rasa nak mengunyah.

Pengunjung Pun Dapat Bahagian

Lebih menarik, Gardenia turut mengedarkan 5,000 cenderahati eksklusif berupa kipas tangan serta pelbagai produk roti bernilai keseluruhan RM15,000 kepada pengunjung.

Sebelum itu, pada Pra-pelancaran Sambutan Merdeka pada 12 Ogos lalu, sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme turut diedarkan untuk orang ramai mencuba produk baharu tersebut.

Topik Berkaitan Inisiatif Kembali Ke Sekolah Gardenia: 1,300 Murid Terima Squiggles Percuma

Pengunjung Dataran Putrajaya juga boleh singgah ke tapak jualan Gardenia di Perkampungan Rakan Strategik. Sebanyak 1,000 pek kombo ditawarkan pada harga serendah RM10, lengkap dengan pelbagai produk Gardenia dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.

Nampaknya, sambutan Merdeka tahun ini bukan sekadar meriah di pentas, tetapi boleh juga diraikan dengan sepotong roti dan masa berkualiti bersama keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gardenia
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara