Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Bini Aku Dah Level Makan Sabun Pulak Ni” – Harris Anuar Tak Mampu Halang Isteri Hamil Mengidam Telan Sabun

by Puteri Alia
March 14, 2023
VIA Google

VIA Google

Share on Facebook

Buat para suami yang isterinya sedang hamil, bolehlah membuat persediaan terlebih dahulu memasang CCTV bagi memudahkan untuk memantau para isteri yang mungkin mengidam akan sesuatu yang aneh mahupun pelik.

Mengidam dan ibu hamil pastinya sangat sinonim! Hal yang demikian kerana mengidam biasanya perasaan atau keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

Jangan risau kerana mengidam ketika mengandung adalah perkara normal. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan.

Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja.

Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Namun begitu, ada pula yang menginginkan sesuatu benda yang bukan untuk dimakan seperti sabun!

Memuat naik hantaran di laman Instagram, pelakon Harris Anuar berkongsi kisah lucu isterinya yang dikhuatiri sudah memakan sabun dek keinginan yang tinggi untuk merasa bagaimana rasanya makan sabun buku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa lucu dengan luahan Harris yang dikatakan pertama kali berhadapan situasi melihat isteri mengidam yang bukan-bukan. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman ketika hamil menginginkan untuk memakan sabun juga!

VIA Instagram

Biarpun begitu, ada juga yang menasihati serta saling berpesan untuk tidak membiarkan sahaja jika keinginan si isteri itu melampau dan boleh membahayakan kesihatan diri serta bayi dalam kandungan.

Terdahulu, Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar memberitahu kandungan isterinya kini sudah memasuki trimester ketiga namun dia memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan.

Bagaimanapun tidak salah jika si suami cuba memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.

Harris Anuar
https://lomp.at/zmv4k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Tunai Raya Aidifitri 2026- Semak Kelayakan Di Sini

by Nurul A.
March 16, 2026

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. MURAI yakin ketika ini pasti...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara