Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Boleh Pergi Meninggal” – Nabila Huda Mengamuk Teruk !

by Ayden Mikhael
April 21, 2018
Share on Facebook

Nabila Huda berang apabila pengurus sebuah syarikat produksi atau production manager (PM) hanya mendiamkan diri selepas dia mengesahkan untuk menerima tawaran berlakon daripada pihak tersebut. Pelakon itu meluahkan rasa terkilan beliau di Instastory miliknya dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, sebagai salah seorang pelakon senior yang berpengalaman luas dalam industri lakonan tanah air pasti mengharapkan bayaran setimpal dengan kualiti kerja yang dicurahkan.

“Sesetengah pengurus produksi apabila berurusan dengan artis, kalau boleh mahu kurangkan bayaran. Tolonglah, sekarang sudah 2018, tetapi bayaran kami masih sama seperti 10 tahun lalu. Harga barang naik, tetapi gaji kami semakin kecil.

“Jika tiada bajet, jangan buat drama. Kumpul dahulu dana, baru rancang buat drama atau filem. Ini duit tiada, tetapi ada hati mahu mendapatkan pelakon hebat. Setiap kali berurusan, pasti minta ‘harga kawan-kawan’.

“Sudah berbelas tahun saya terpaksa berdepan ayat yang sama. Sebagai pelakon, banyak perkara yang perlu saya fikir. Bayar dan saya akan berikan hasil kerja berkualiti kerja. Fikirlah sendiri.

“Jika mahu harga kawan-kawan, tanya agensi pencarian bakat atau ambil pelakon baharu,” luahan Nabila melalui Instastory miliknya, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sehubungan dengan itu, Nabila berharap agar pihak syarikat produksi lebih telus ketika menawarkan peluang berlakon. Pada masa sama, dia turut menggesa agar pihak produksi tidak sewenang-wenangnya membatalkan tawaran pada saat akhir tanpa sebarang alasan.

“Saya tidak berkecil hati jika produksi berterus-terang kerana ini memudahkan saya mengambil tawaran lain. Jika tidak bersetuju dengan harga yang saya tetapkan atau bajet kecil, berterus-terang saja.

“Jika tidak jadi ambil berlakon atau mempunyai pelakon pilihan lain, beritahu. Jangan suruh saya kosongkan jadual, selepas itu diam. Saya juga ada kerja lain.

“Jangan biarkan saya terkapai-kapai menanti kerana saya juga ada bil yang perlu dibayar,” katanya dalam luahan itu.

Agak-agaknya produksi manakah yang Nabila Huda maksudkan eh? murai.my berharap semua produksi yang aktif di tanah air boleh mengambil berat tentang isu ini dan tidak sewenang-wenangnya pandang rendah kes sebegini. PEACE NO WAR!

https://lomp.at/jk9fh
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore