Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hebat! Bront Palarae Dilantik Buat Kali Ke-4 Sebagai Duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest)

by Naddy Joe
March 3, 2023
Share on Facebook

Pelakon hebat yang telah berjaya mencipta nama bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia iaitu Bront Palarae berkongsi rasa teruja apabila dilantik sebagai duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) buat kali keempat.

Mahu Bantu Jalin Hubungan Dengan Komuniti Antarabangsa

Bront Palarae sebagai duta festival menyatakan bahawa dia mahu membantu untuk menjalinkan hubungan dengan komuniti antarabangsa.

“Kta mahu membantu menghubungkan mereka dengan komuniti antarabangsa, dan pada masa yang sama bila ada juri datang semua, kita pun boleh tolong entertain.

Sekarang kita sudah memasuki era pasca wabak, tidak ada keperluan yang lebih besar untuk pembikin filem  dan penggiat industri  untuk lebih bersemangat dan kreatif dalam industri ini.

Saya berharap wabak dalam tempoh tiga tahun lalu tidak membuat pengkarya hilang keyakinan dalam filem, tetapi sentiasa menantikan detik ini dan bersedia untuk memulakan (pengambilan baharu) milik setiap daripada mereka.”-Kata Bront Palarae

Kerjasama MIFFest X BMW Shorties

Dalam pada itu, BMW Group Malaysia telah mengumumkan usaha samanya dengan (MIFFest) untuk edisi BMW Shorties yang ke-17 – berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan konten digital tempatan ke aras yang lebih tinggi dengan meluaskan peluang untuk mereka menempa nama di persada antarabangsa.

Tahun ini, BMW Shorties mengalu-alukan rakan pertandingan rasminya, Malaysia International Film Festival (MIFFest). Sementara itu, MIFFest juga telah mengumumkan acara festivalnya yang akan datang, mengambil tempat dari 23 hingga 29 Julai 2023, dengan susunan aneka program sepanjang minggu tersebut, ia termasuk tayangan filem, kelas pakar dan peluang untuk berhubung dengan warga industri. 

Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2023 akan dianugerahkan sebuah geran produksi bernilai RM 80,000 untuk pembikinan filem pembiayaan BMW Shorties mereka.

[VIDEO] Gemuruh 'Catwalk' Sampai Lupa Buang 'Chewing Gum', Bront Palarae Mohon Maaf

Di samping itu, pelbagai faset pembikinan filem juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Terbaik oleh Pelajar.

Serahan penyertaan akan dibuka dari 1 April 2023 hingga 21 Mei 2023 jam 6:00 petang di laman sesawang MIFFest di https://www.mgga.com.my dan laman sesawang BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my. Ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi BMW Shorties untuk perkembangan terkini, atau tonton aneka filem pemenang dari tahun-tahun yang lalu di saluran YouTube rasmi BMW Shorties.

Bront Palarae
https://lomp.at/4z5pp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore