Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026
Foto - @victoriabeckham (IG)

Foto - @victoriabeckham (IG)

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu berbaik semula dengan ibu bapanya.

Berkongsi hantaran di Instagram Stories, Brooklyn mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hari perkahwinannya dengan isteri, Nicola Peltz Beckham.

“Sepanjang hidup saya, ibu bapa saya telah mengawal naratif dalam akhbar tentang keluarga kami. Saya mempertahankan diri saya buat pertama kalinya dalam hidup saya.”

View this post on Instagram

Dedah Brooklyn, Victoria dan David secara berterusan cuba merosakkan hubungannya dengan Nicola, sejak sebelum mereka berkahwin pada tahun 2022. Malah semasa persiapan perkahwinannya, Brooklyn mendakwa ibunya tidak mahu meneruskan proses pembuatan gaun perkahwinan untuk Nicola.

“Ibu saya membatalkan proses membuat gaun Nicola pada saat-saat akhir walaupun dia (Nicola) teruja untuk memakai rekaannya, memaksanya untuk mencari gaun baharu.”

Untuk makluman semua, Nicola telah menggayakan gaun haute couture Valentino yang diperincikan dengan garis leher empat sama.

View this post on Instagram

Selain itu, Brooklyn juga mendedahkan bahawa Victoria telah memanggilnya dan isteri sebagai “jahat” kerana menjemput pengasuh mereka untuk makan bersama di meja makan.

View this post on Instagram

“Isteri saya sentiasa tidak dihormati oleh keluarga saya, tidak kira betapa berusahanya kami untuk kekal bersatu. Naratif bahawa isteri saya mengawal saya adalah terbalik sepenuhnya. Saya dikawal oleh ibu bapa sepanjang hidup saya. Saya membesar dengan kebimbangan melampau. Buat pertama kalinya, sejak berpisah dengan keluarga, kebimbangan itu telah hilang.”

View this post on Instagram

Sebelum ini, Cruz Beckham mendakwa bahawa abangnya, Brooklyn Peltz Beckham telah menyekat akaun ibu bapanya di Instagram selepas Victoria menyukai hantaran resipinya.

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar "Si Tanggang England"
brooklyn beckhambrooklyn peltz beckhamdavid beckhamNicola Peltznicola peltz beckhamVictoria Beckham
https://lomp.at/q8y27
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore