• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Bruno Mars Batal Konsert Di Israel, Terbang Keluar Tinggalkan Penempatan Haram Rakyat Rejim Zionis

by Puteri Alia
October 16, 2023
Share on Facebook

Penyanyi antarabangsa, Bruno Mars membatalkan konsert hari keduanya di Tel Aviv setelah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan negara itu dalam peperangan.

Penyanyi Talking to the Moon itu sepatutnya mengadakan konsert tersebut pada 7 Oktober lalu selepas konsert di hari pertama pada 4 Oktober lalu di Hayarkon Park, Tel Aviv. Tiket untuk kedua-dua hari laris dijual.

Pengumuman itu dibuat penganjur, Live Nation Israel menerusi Instagram rasmi mereka dalam bahasa Ibrani.

“Dimaklumkan bahawa persembahan Bruno Mars yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober dibatalkan. Penebusan dan ganti rugi tiket akan dikembalikan,” tulis kenyataan itu.

Dalam hantaran yang sama, penganjur mendoakan kedamaian dan ketenangan serta buat keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi kerana peperangan.

Bruno dimaklumkan telah meninggalkan Lapangan Terbang Ben Gurion bersama 60 kru yang lain pada Ahad sekitar pukul dua petang. Dia terbang ke Athena sebelum ke Qatar bagi menyambung konsert jelajahnya.

Pada Sabtu, Hamas memulakan operasi Taufan Al-Aqsa iaitu serangan mengejut oleh Brigade Al-Qassam dan Al-Quds.

Kira-kira 5,000 roket dilancarkan ke tanah haram Israel selain menyusup masuk ke beberapa daerah di negara itu yang menempatkan penempatan haram rakyat rejim tersebut.

Israel pula melancarkan Operasi Pedang Besi’ dengan serangan dari pelbagai arah yang kebanyakannya menyasarkan penempatan awam di Gaza.

Jumlah kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 413 sementara 2,300 lagi cedera.

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin
bruno marsisrael
https://lomp.at/h41t2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore