Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Buang’ Uterus & Ovari, Nourul Depp Dedah Diuji Kanser Tahap 1

by Nurul A.
December 3, 2025
Foto - @nouruldepp (IG)

Foto - @nouruldepp (IG)

38
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah lama tidak mendengar khabar penyanyi Nourul Depp. Baru-baru ini, Nourul atau nama penuhnya Noorulhuda Abdul Wahab mendedahkan dia pernah diuji penyakit kanser saluran vagina pada tahun 2018. Kanser tersebut menyebabkan dia terpaksa melakukan pembedahan membuang uterus dan ovari untuk menyelamatkan nyawanya.

Tidak berkongsi kepada umum sebelum ini, Nourul tidak menolak kemungkinan jika penyebab kanser berpunca daripada stres yang melampau selepas ditipu oleh syarikat tempatan sebanyak RM80,000 pada tahun 2018.

View this post on Instagram

Ketika ditemui di sidang media ‘Konsert For You: Nourul’, penyanyi itu memberitahu bahawa ada pihak yang berjanji mahu membantunya menerbitkan album dalam bahasa Perancis sebelum menghilangkan diri bersama duitnya.

“Sebuah syarikat tempatan kata nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami pun okay, percaya, tandatangan perjanjian, keluar duit dulu pergi buat album di Perancis.

Rupanya kami ditipu syarikat tempatan, kes pun masuk mahkamah, namun mereka lesap dan sampai ke hari ini RM80,000 itu tak dapat. Itu memang antara dugaan hidup paling besar buat saya. Sampaikan saya dapat kanser.”

View this post on Instagram

Kongsi Nourul lagi, kesihatannya kini semakin pulih dan membaik selepas melakukan pembedahan membuang uterus dan ovari pada tahun 2020.

“Bila dapat tahu, doktor adalah bagi cara mengubat seperti suntikan vaksin HPV (virus papilloma manusia) yang lazimnya untuk wanita yang berdepan dengan masalah uterus. Doktor suruh cuba dulu enam bulan. Tapi kanser itu datang lagi dan berkembang daripada pra kanser kepada tahap satu.

Proses itu berlaku sehingga saya mengandungkan Isabella (anak keempatnya). Kalau makin teruk saya takkan mengandung. Doktor suruh buat sekali lagi analisis dan memang kanser. Saya memutuskan untuk buang. Alhamdulillah, sekarang sudah tiada apa-apa.”

Dalam perkembangan lain, Nourul Depp bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Zepp Kuala Lumpur pada 17 April 2026 selepas 30 tahun bergelar penyanyi. Tiket ‘Konsert For You: Nourul’ sudah pun dijual di platform Ticket2U.

Nourul Depp Syukur Rumah Selamat, Tapi 13 Terkorban Dalam Banjir Kilat Bali
NourulNourul Deppnourul wahabpenyanyi nourul
https://lomp.at/1dsyz
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore