Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Buat ‘Comeback’! Sugu Pavithra Kongsi Resipi Dalca Tulang Kambing

by Khai Azfar
July 29, 2020
Share on Facebook

Setelah mengumumkan akan muncul kembali, akhirnya pasangan YouTuber sensasi, Sugu Pavithra membuat kemunculan ‘pertama’ selepas memadam kesemua 98 video mereka di platform itu.

Kongsi Video ‘Pertama’

Pada petang Selasa, pasangan suami isteri itu telah berkongsi menu istimewa buat rakan-rakan dan pengikutnya yang beragama Islam memandangkan sambutan Aidiladha bakal tiba pada Jumaat ini.

YouTube video

Memuat naik video menu dalca tulang Kambing, video tersebut telah mendapat lebih dari 160 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik. Malah rata-rata pengikut mereka turut berharap agar pasangan ini tidak lagi membuat keputusan terburu-buru seperti mana sebelum ini.

Rancang Masak Rendang Ayam 

Dalam perkembangan lain menerusi perkongsian BERNAMA, mereka bercadang untuk memasak dan berkongsi video rendang ayam buat rakan-rakan dan jiran-jiran yang akan menyambut Hari Raya kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

“Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut Hari Raya,” katanya seperti dipetik Bernama.

Terdahulu, Sugu bertindak memadam semua video mereka selepas mengumumkan ingin berundur dari platform itu dan ingin hidup seperti keluarga normal yang lain. Ketika itu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sugu Pavithra
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara