Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Buatan Anak Malaysia: Aplikasi JOMhotel.com Bermanfaat Untuk Hotel & Pengembara

by Phic ARMAN
October 10, 2025
Share on Facebook

Kalau kalian jenis yang suka buat keputusan hidup secara spontan ,  contoh macam “eh jom la tidur hotel malam ni”, tapi bajet tinggal cukup-cukup untuk minyak motor, nah, inilah berita menarik untuk kalian.

Baru-baru ini, platform JOMhotel.com, hasil idea orang Malaysia sendiri, buat majlis pertama mereka dekat Societe Suites, Hartamas.

Konsep Dia Simple Je: Bilik Kosong, Orang Perlukan Tempat Tidur

Ramai tak tahu, hampir 30% tetamu hotel kat Malaysia sebenarnya tempah bilik pada hari yang sama. Jadi, JOMhotel.com datang dengan idea mudah, bantu hotel jual bilik kosong, bantu orang dapat tempat menginap pada harga berpatutan. Win-win lah gitu.

Harga bilik pun tak melampau, dalam lingkungan RM49 hingga RM299, ikut bajet dan cita rasa. Tapi satu hal, tiada refund, sebab konsep dia memang untuk tempahan segera. Dah bayar, terus dapat bilik.

Bukan Orang Baru Dalam Industri

Platform ini sebenarnya dibangunkan oleh geng-geng yang dah lama dalam dunia hotel, ada pengurus besar, pakar OTA (online travel agent) dan juga orang teknologi. Mereka faham masalah sebenar dalam industri: banyak bilik kosong, banyak orang nak tempat murah tapi last minute. Jadi, gabung kepakaran, lahirlah JOMhotel.com.

Senang cerita, ini bukan idea main-main.

Ada Sentuhan Teknologi, Tapi Tak Serabut

Dalam majlis tu juga, pihak JOMhotel.com sempat perkenalkan beberapa ciri digital baru yang tengah mereka siapkan. Macam pemasaran digital guna data (untuk bantu hotel faham perangai pelancong), dan kempen geo-fence (guna lokasi untuk tarik pelanggan berhampiran).

Tujuannya nak bagi kerja hotel jadi lebih efisien dan untung tak terbuang macam tu je.

Bukan Sekadar Untuk Orang Nak Travel

Walaupun nampak macam fokus pada pelancong, sebenarnya platform ni juga bantu hotel-hotel kecil kekal bertahan, terutama masa orang kurang melancong. Mereka juga plan nak bekerjasama dengan lebih banyak hotel, penganjur acara dan bisnes pelancongan seluruh negara.

Pendek kata, JOMhotel.com ni bukan sekadar laman tempahan, tapi satu usaha kecil tapi bermakna untuk bantu industri tempatan sama-sama berkembang.

Kalau satu hari nanti korang terperangkap kat luar kawasan dan tak nak tidur dalam kereta, boleh la ingat nama ini. Tak perlu terus buka pun takpe, tapi sekurang-kurangnya kalian tahu, ada platform tempatan yang faham gaya hidup rakyat Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jomhotel
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara