Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Budak ‘Chicken Pox’ Mandi Kolam Hotel Di Port Dickson, Ramai Bimbang-“Kesian Tengok Ada Baby”

by Phic ARMAN
May 28, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian seorang ibu di Threads mencuri perhatian ramai selepas dia mendakwa terlihat seorang kanak-kanak dipercayai menghidap chicken pox mandi di kolam kanak-kanak sebuah hotel di Port Dickson.

Chicken pox atau cacar air merupakan jangkitan virus yang mudah berjangkit dan biasanya menyebabkan ruam merah, lepuh berair serta rasa gatal pada badan. Penyakit ini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan boleh merebak melalui sentuhan, batuk, bersin atau perkongsian ruang dengan individu dijangkiti.

Menurut wanita itu, dia mula menyedari keadaan berkenaan selepas ternampak kesan pada tubuh kanak-kanak tersebut sebelum bertanyakan sendiri kepada budak terbabit.

“Bila nampak budak tu mandi dekat pool kanak-kanak, saya terus tanya ‘dik awak ada chicken pox ke?’ dan dia jawab ‘Aah!’ Jujur terus jawab,” tulisnya di Threads.

Wanita itu turut meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan kanak-kanak lain yang berada di kolam berkenaan termasuk bayi kecil yang mungkin belum menerima vaksin lengkap.

“Kesiannya tengok ada yang bawa baby. Tak pasti baby tu dah vaksin chicken pox atau measles ke belum,” katanya lagi.

Dalam masa sama, ibu tersebut memaklumkan dia telah membuat aduan kepada pihak lifeguard hotel bagi tindakan lanjut demi keselamatan pengunjung lain.

“Mulanya saya tak perasan rupanya mak budak tu ada dekat belakang. Lepas saya tanya anak dia, dia terus bawa anak tu pergi ke side pool lain. Last-last demi anak-anak lain, saya info lifeguard untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang menyokong tindakannya, namun tidak kurang juga yang bersangka baik terhadap ibu kepada kanak-kanak tersebut.

“Chicken pox memang kena kuarantin tapi mungkin dah tamat dua minggu kuarantin dan mungkin sis nampak bekas chicken pox saja. Bekas dia memang ambil masa lama nak hilang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak hotel berhubung perkara tersebut. Dalam masa sama, orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri dan anak-anak ketika berada di kawasan awam bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan kepada pengunjung lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
1
Chicken poxport dickson
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara