Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang patut menentukan segala-galanya tentang dirinya?

Bagi usahawan dan pempengaruh, Diva M atau Mohd Muzakir, pandangan masyarakat terhadap dirinya bukan sesuatu yang boleh dikawal.

Dia mengakui mempunyai kisah silam yang tidak mungkin diubah. Namun, perkara itu tidak menjadi alasan untuknya berhenti melakukan kebaikan.

Diva M Pilih Kongsi Rezeki Setiap Jumaat

Terbaharu, Diva M bersama beberapa kakitangan Diva Hair Salon meluangkan masa menyantuni 112 penghuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras sempena cuti persekolahan.

Bukan sekadar datang menyerahkan sumbangan dan kemudian pulang, Diva M turut membawa hidangan makan tengah hari serta pencuci mulut untuk dinikmati bersama.

Katanya, setiap kali mempunyai rezeki dan kesempatan, dia cuba menjadikan Jumaat sebagai hari untuk berkongsi dengan orang lain.

“Saya tak boleh ubah apa yang sudah berlaku. Tetapi kalau ada kesempatan dan rezeki, memang saya cuba jadikan hari Jumaat sebagai hari untuk berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Membantu

Menariknya, Diva M tidak melihat aktiviti kebajikan ini sebagai usaha untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap dirinya.

Sebaliknya, dia percaya seseorang tidak perlu menunggu kaya atau mempunyai banyak wang sebelum boleh membantu orang lain.

Apa yang termampu, itulah yang diberikan.

“Saya tak boleh paksa orang untuk suka atau fikir baik tentang saya. Itu hak masing-masing. Apa yang penting, kalau saya ada kemampuan untuk buat sesuatu yang baik, saya buat,” ujarnya.

Gunting Rambut Percuma Untuk 112 Penghuni

Kebaikan itu juga tidak terhenti pada hari kunjungan tersebut.

Topik Berkaitan Merdeka Itu Tentang Menghargai, Usahawan Ini Santuni 40 Warga Emas Dengan Cara Tersendiri

Diva M menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada kesemua 112 penghuni Rumah Kasih Harmoni di Diva Hair Salon, Kota Damansara secara berterusan.

Malah, penghuni rumah kebajikan berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut tanpa bayaran apabila diperlukan.

Bagi Diva M, selagi salunnya masih beroperasi dan mempunyai kemampuan, pintu tersebut sentiasa terbuka untuk mereka.

Mungkin orang boleh menilai kita berdasarkan masa lalu. Tetapi bukankah setiap orang juga berhak diberi ruang untuk berubah dan melakukan sesuatu yang lebih baik?

Bagi Diva M, dia memilih untuk terus melangkah dan berkongsi apa yang ada tanpa terlalu memikirkan pandangan orang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diva M
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Lori Sampah Alam Flora, Bangladesh
Sosial Buzz

[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

by Nurul A.
August 27, 2026

Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara