Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Bukan Penyakit ‘Ain, Tetapi Ini Sebabnya Rani Mukerji Tak Pernah Tayang Gambar Kahwin

by Nurul A.
October 6, 2025
Foto - @_ranimukerji (IG)

Foto - @_ranimukerji (IG)

Share on Facebook

Bila fikir semula, rasanya tak pernah tengok Rani Mukerji muat naik gambar perkahwinannya kan?

Aktres Bollywood popular, Rani Mukerji akhirnya bersuara selepas acap kali ditanya mengapa tidak pernah memuat naik gambar perkahwinannya. Untuk pengetahuan semua, Rani telah berkahwin dengan pengarah Yash Raj Films iaitu Aditya Chopra pada tahun 2014 menerusi sebuah majlis perkahwinan yang agak tertutup.

Dalam salah satu temu bual lamanya, Rani menjelaskan tindakannya tidak memuat naik gambar perkahwinan itu kerana suaminya seorang yang sangat privasi.

View this post on Instagram

A post shared by Rani Mukerji 🔵 (@_ranimukerji)

“Suami saya seorang yang privasi, dan saya rasa dia mahu majlis perkahwinan kami itu diadakan secara tertutup. Jadi saya tidak pasti sama ada dia mahu gambar perkahwinan kami disiarkan atau tidak.”

Mendengar penjelasannya, orang ramai terutamanya peminat bertanya sama ada mereka berpeluang untuk melihat detik istimewa itu semasa ulang tahun perkahwinan Rani dan Aditya ke-25. Rani dengan bersahaja memberitahu bahawa ia mungkin boleh menjadi idea yang sangat bagus untuk ulang tahun perkahwinannya.

View this post on Instagram

A post shared by Risingbollywood (@rising.bollywood)

Selain daripada soal perkahwinan, Rani turut berkongsi mengapa dia dan suaminya, Aditya tidak mendedahkan anak perempuannya, Adira Chopra kepada dunia hiburan.

“Saya percaya dia (Adira) harus diiktiraf atas pencapaiannya sendiri dan bukannya kerana ibu bapanya iaitu Rani Mukerji dan Aditya Chopra.”

View this post on Instagram

A post shared by Rani Mukerji 🔵 (@_ranimukerji)

Aktres itu juga menegaskan dia sentiasa cuba untuk memisahkan kehidupan peribadi dan profesionalnya supaya ahli keluarganya tidak rasa tertekan apabila menjadi tumpuan ramai.

“Saya sentiasa menjadi orang yang mementingkan privasi. Kehidupan kerja saya berbeza dengan kehidupan peribadi saya. Jika anda lihat saya, saya hanya muncul di khalayak ramai apabila ada sebab. Bukan setiap masa.”

Untuk makluman semua, Rani Mukerji dan Aditya Chopra mempunyai seorang anak perempuan, Adira Chopra yang dilahirkan pada tahun 2015.

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan
Aditya Chopra.rani mukerjirani mukherjee
https://lomp.at/ht43c
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore