Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Cantiknya Foto Mira Filzah di Taman Negara Arches, USA!

by Phic ARMAN
August 27, 2019
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara yang kini sedang popular menerusi drama Sweet Dreams, Mira Filzah sebelum ini dilihat telah pergi bercuti bersama adik-beradik, di Kota New York, Amerika Syarikat.

Melihat pada gambar sekitar percutian yang dikongsi oleh Mira Filzah menerusi laman Instagram, mereka kelihatan seronok apabila dapat meluangkan masa bersama ketika di sana.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Mira telah berkunjung ke Taman Negara Arches yang sememangnya sangat terkenal dengan permandangannya yang luar biasa cantik. Jom kita lihat beberapa foto sekitar percutian Mira ini.

Foto: IG Mira Filzah

Cantik kan? Lokasi ini menjadi salah satu taman yang paling indah di Utah, Amerika Syarikat. Dikenali sebagai Arches National Park, di sini anda dapat lihat 2,000 batu gerbang semulajadi.

Arches National Park

Arches National Park terletak di luar Moab, sebuah bandar yang terkenal dengan pendakian gunung dan pengembara luar. Taman ini jauh lebih tinggi daripada bandar dan untuk ke sana anda perlu melalui jalan berliku dengan pemandangan yang mengagumkan.

Utah merupakan syurga buat para pencinta hutan belantara dan padang pasir. Ekologinya unik, pemandangan yang menakjubkan, dan kaya dengan landskap arkeologi.

Foto: Discover Moab

Yang paling terkenal, dan menjadi tumpuan pelancong untuk berfoto adalah Gerbang Delicate. Mira pun ada bergambar di sini!

Antara tempat-tempat menarik yang lain di taman ini ialah Taman Devil, Furnace Furnace, Double Arch, Park Avenue, Balanced Rock, Windows, Broken Arch, dan Sandstone Arch.

Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke sini, sila lawati laman web taman-taman negara di Amerika Syarikat di www.nps.gov untuk maklumat setiap taman negara ini. Di sini anda akan mendapat maklumat tentang kemasukan, cuaca, penutupan jalan dan sebagainya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara