Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gara-Gara Dedahkan Kecaman Netizen, Caprice Dilabel Sebagai ‘King Of Attention Seeker’

Netizen itu telah mengecam perilakunya sebelum ini yang disifatkannya sebagai kurang bijak.

by Khai Azfar
July 21, 2021
Share on Facebook

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sejak awal Julai, nama penyanyi rap Caprice terus hangat diperkatakan. Terbaru,menerusi hantaran di laman Instagram nya sebentar tadi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli telah bertindak berkongsi beberapa tangkap layar kiriman mesej daripada seorang netizen menerusi pautan ‘Direct Message’ (DM).

Netizen Harap Caprice Bunuh Diri 

Dalam tangkap layar tersebut, kelihatan netizen itu telah mengecam perilakunya sebelum ini yang disifatkannya sebagai kurang bijak. Malah, lelaki itu turut berharap agar lebih ramai netizen akan mengecam Caprice sehingga membuatkan penyanyi berasa ingin membunuh diri.

Beranggapan seperti mesej tersebut seperti sebuah ugutan, selain mendedahkan wajah netizen itu Caprice turut memberi pilihan jalan penyelesaian kepadanya. Sama ada dibalas secara kasar mahupun mengambil tindakan undang-undang, Caprice berkata dia mampu berbuat demikian biarpun belum tiba di tanah air.

“Tak perlu ugut jaga-jaga @ejang94 . Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai KL lagi, InsyaAllah” tulis Caprice

Kenyataan Caprice Ditegur

Bagaimanapun hantaran tersebut telah mendapat kecaman dan teguran daripada segelintir netizen yang menitipkan pesanan di ruangan komen. Selain dilabelkan sebagai individu yang gemar mencari perhatian, ada diantaranya juga beranggapan bahawa sikap Caprice masih tidak berubah serta tidak mengambil pengajaran di atas kontroversinya sebelum ini.

“Jadi mature la bro tak perlu nak viral-viral sangat.. terus buat report saja”

“Betul la dia ini suka viralkan sesuatu boleh sahaja settle sendiri King of attention seeker goes to caprice botak shame on you”  balas netizen di ruangan komen

Namun begitu, rata-rata pengikutnya meminta agar pelantun BAL ini tidak mempedulikan kecaman tersebut dan menganggap ia hanya sekadar ujian buatnya. Terdahulu,Murai.my melaporkan Caprice memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk kepada kepada pembesar, pemimpin dan Ustaz Ebit Lew.Dalam sebuah hantaran, Caprice akui segala-gala yang berlaku adalah kerana kekhilafan dirinya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
caprice
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara