Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi! Mohon Maaf Kepada TMJ, Ebit Lew & Rakyat Malaysia

Caprice berkata segala  yang berlaku adalah kerana kesilapan dirinya sendiri

by Khai Azfar
July 19, 2021
Share on Facebook

Susulan daripada isu pendedahan dan tindakan penyanyi rap, Caprice menegur perilaku pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika berada di Gaza baru-baru ini, pelantun BAL itu tampil memohon maaf secara terbuka.

Mengaku Terlalu Beremosi 

Menerusi laman Instagram nya sebentar tadi,Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli akui akan kekhilafannya kerana terlalu beremosi apabila bercakap mengenai perjuangan ummah. Selain memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ebit dan rakyat Malaysia, Caprice berkata segala  yang berlaku adalah kerana kesilapan dirinya sendiri serta tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain” tulisnya

Bakal Pulang Ke Malaysia Bila Semuanya Selesai

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih buat mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaannya di Gaza yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan sepanjang berada di sana. .

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir”

“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud”

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia” jelas Caprice

Menerusi status nya itu juga, Caprice berkata dia akan pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menunaikan janjinya kepada penduduk Palestin.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine” kongsinya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu, nama Caprice teruk dikecam berikutan mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew kerana mendakwa menerima teguran daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial. Sekada info, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 24 Jun lalu. Namun, difahamkan sehingga kini penyanyi itu masih belum berkesempatan untuk memasuki Gaza.

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice, Asyraf Khalid Umum Akan Saman Fitnah
capriceEbit Lew
https://lomp.at/zrsne
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara