Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Cara Betul Potong Bawang Ikut Jenis Masakan, Barulah Rasa Sedap & Makan Bertambah!

by Soph Azz
December 14, 2023
Foto - Iluminasi

Foto - Iluminasi

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak ramai yang tahu sebenarnya selain bahan perencah, teknik memasak adalah penting untuk menjadikan sebuah hidangan itu lebih sedap. Bagi Miss Murai, teknik masakan yang sangat penting untuk dapatkan hidangan yang sedap adalah potongan bawang.

Tak kisahlah bawang putih atau merah, potongan yang betul dapat menjadikan masakan yang dimasak itu menjadi lebih sedap dengan sendirinya.

Di bawah Miss Murai kongsikan dengan kamu jenis potongan bawang merah dan bawang putih berserta dengan jenis masakan yang sesuai.

BAWANG MERAH 

Foto – @H_Bakkaniy (X)
  1. Potong: Potong secara melintang, dapat menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
  2. Gegelung: Dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki, ianya sesuai untuk masakan kicap dan masak merah.
  3. Mayang: Hirisan halus melintang, sesuai untuk menumis atau bawang goreng.
  4. Belah: Potongan menegak untuk hasilkan potongan yang lain.
  5. Baji (wedges): Diguna sebagai hiasan dalam masakan seperti sup, kari hingga kebab.
  6. Hiris: Potongan nipis dan halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk tumisan, ulam-ulaman atau pencicah (budu, sambal dan sebagainya).
  7. Dadu: Sesuai untuk buat cucur cekodok, jemput bilis atau bawang.
  8. Dadu kecil atau cincang kasar: Sesuai untuk tumisan goreng-gorengan seperti nasi goreng, bihun dan mi goreng.
  9. Cincang: Sesuai untuk perapan dan tumisan.

BAWANG PUTIH

Foto – @H_Bakkaniy (X)
  1. Labu atau selabu: Dalam satu labu ada 1-15 ulas.
  2. Ulas (cloves): Bahagian daripada selabu.
  3. Ketuk: Ketuk bawang menggunakan lesung batu atau pisau. Sesuai untuk jenis semua masakan.
  4. Mayang: Potongan melintang yang sesuai untuk menumis atau hiasan.
  5. Hiris: Potongan lebih kurang mayang, tetapi dalam keadaan menegak. Sesuai untuk hiasan dan menumis juga.
  6. Racik kasar atau mancis: Sesuai untuk dibuat sebagai sos, masak stim atau kukus dan goreng.
  7. Racik halus: Lebih kurang dengan racik kasar. Tak banyak resepi boleh guna tapi boleh juga jika nak guna dalam masakan seperti racik kasar.
  8. Dadu: Sesuai untuk dibuat sos, tumisan dan nasi goreng.
  9. Cincang: Khas untuk dibuat sos dan tumis.

Semoga bermanfaat!

cara betul potong bawangcara potong bawang
https://lomp.at/3irvh
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore