Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

8 Cara Letak Cermin Menurut Feng Shui, Boleh Elak Tenaga Negatif Masuk Dalam Rumah

by Soph Azz
December 12, 2023
Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Orang kata kalau nak rumah nampak sangat luas dan besar, kenalah pasang banyak cermin dalam rumah. Tetapi cermin sebenarnya tak boleh main pasang saja.

Kena tahu cara susunan dan tempat yang sesuai, supaya rumah nampak harmoni serta ada tenaga positif bagi penghuninya.

Kalau kamu nak tahu, nak susun dan pasang cermin pun kita kena menitikberatkan feng shui. Menurut feng shui, cermin merupakan ‘penawar’ kepada tenaga negatif dalam rumah.

Jadi kalau nak pasang cermin, pastikan kamu pasang di tempat yang boleh tarik tenaga positif tau. Dan menurut feng shui, nak pasang cermin biarlah…

1. Bilik air 

Foto – Love To Know

Semakin besar cermin, semakin banyak tenaga positif boleh diserap. Pasang cermin dalam bilik air membuatkan ruang ini nampak lebih segar dan bersih. Malah pantulan cahaya lampu membuatkan ia menjadi lebih terang.

2. Bilik tidur 

Foto – Pinterest

Nasihat Miss Murai, pasang cermin dalam bilik tidur boleh tapi perlu dielakkan letak di bahagian kepala. Ini kerana cermin menyerap tenaga terlalu besar tidak kiralah positif mahupun negatif. Selain itu, letak cermin di kepala katil sangat berbahaya kerana ada risiko untuk jatuh dan terkena kamu.

3. Ruang tamu 

Foto – Pinterest

Cermin di ruang tamu boleh menjadikan ia ruang yang meriah apabila tetamu datang ke rumah. Menurut feng shui, cermin boleh gandakan jumlah tetamu. Tetapi jaga-jaga kerana ia juga boleh membawa tenaga yang negatif, terpulang kepada tenaga yang bawa oleh tetamu kamu.

4. Pintu masuk 

Foto – Popmama

Letakkan cermin di laluan pintu masuk adalah kedudukan feng shui yang terbaik! Ia boleh memantulkan lebih banyak cahaya ke dalam rumah. Tapi kamu perlu tahu cermin di ruangan ini tidak boleh menghadap pintu masuk kerana kedudukan ini akan ‘menendang’ keluar tenaga positif.

5. Ruang makan 

Pakar mengatakan meletakkan cermin di ruang makan merupakan salah satu contoh feng shui yang sangat tepat. Ini kerana cermin di ruangan ini akan memantulkan semula makanan di atas meja dan mengundang lebih banyak kekayaan serta kemasyuran.

Foto – Qanvast

Manakala cermin di ruangan ini perlu diletakkan dengan cahaya lampu yang minimum kerana ia mampu jadikan ruangan ini terang dari kebiasaannya.

6. Lorong bahagian tangga 

Jika kamu mempunyai cermin di lorong-lorong dalam rumah, percayalah ianya satu tanda yang baik.

Foto – Pinterest

Terutamanya apabila lorong itu mempunyai tangga. Ini kerana tangga sering menghasilkan tenaga yang negatif dan apabila kamu meletak cermin di sini, ia akan memperbaiki dan meneutralkan kembali tenaga tersebut.

7. Letak cermin berhadapan 

Foto – Feng Shui Nexus

Memang ruang nampak lebih luas, tetapi bila letak cermin secara berhadapan, susunan ini tidak elok dan mencabar feng shui. Meletakkan cermin secara berhadapan boleh hasilkan imej gambar yang dipercayai dapat hasilkan pantulan tenaga aktif dan boleh menukar menjadi tenaga pasif dan buruk.

8. Bilangan cermin di satu dinding 

Foto – Pinterest

Meletakkan cermin dengan banyak di satu dinding boleh memberi makna feng shui yang sangat bagus dan elok. Susunannya pula, kamu tidak boleh letakkan cermin tersebut sehingga menghampiri atap. Tetapi susun cermin di bahagian tengah seolah-olah ia seperti susunan bingkai gambar.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara susun cerminfeng shuifeng shui cermin
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara