Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Cara Nak Bayar Saman Diskaun 50% Sempena Hari Kebangsaan Ke-68

by Phic ARMAN
September 2, 2025
Share on Facebook

MURAI mahu kongsikan satu berita gembira yang pasti buat ramai menarik nafas lega. Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri serta MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan. Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia boleh menikmati pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50 peratus.

Kempen ini bermula dari 31 Ogos hingga 16 September 2025, dan bayaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi atau portal rasmi MyBayar Saman dengan log masuk menggunakan MyDigital ID. Jadi, kalau ada saman yang dah lama terbeban tu, inilah masa terbaik untuk ‘merdeka’ daripada tunggakan.

Macam Mana Nak Bayar Saman Dengan Diskaun?

Caranya sangat mudah, MURAI senaraikan langkah ringkas:

  • Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery, atau terus ke portal rasmi mybayar.rmp.gov.my
  • Daftar atau log masuk menggunakan MyDigital ID.
  • Semak saman yang ada supaya tahu jumlah terkini.
  • Pilih saman, klik bayar, dan diskaun 50 peratus akan ditolak secara automatik.

Belum Ada MyDigital ID?

Kalau belum daftar, jangan risau. Prosesnya senang saja:

Muat turun aplikasi rasmi MyDigital ID di digital-id.my/download

  • Masukkan e-mel terkini.
  • Sahkan kod OTP yang diterima.
  • Buat pengecaman wajah.
  • Siap, akaun anda terus aktif dan boleh digunakan untuk log masuk ke MyBayar Saman.

Dengan adanya tawaran ini, jelas menunjukkan kerajaan melalui PDRM dan KDN serius membantu rakyat meringankan beban. Dalam masa yang sama, ia juga menggalakkan penggunaan platform digital sejajar dengan perkembangan teknologi negara.

MURAI boleh katakan, inilah peluang terbaik untuk selesaikan saman tertunggak dengan harga separuh. Jangan tunggu sampai saat akhir, kerana tawaran ini hanya sah sehingga 16 September 2025.

MyDigital ID Mungkin Jadi Cara, Anak Bawah 16 Tahun Tak Boleh Daftar Media Sosial
MyDigital IDPolis Diraja Malaysia (PDRM)
https://lomp.at/o2pag
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Persekolahan RM150: Ini Hal Yang Perlu Anda Ambil Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Keresahan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah akhirnya terjawab apabila penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 kepada semua murid dijangka selesai...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore