Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cara Tingkatkan Jangka Hayat Pakaian Anda Dengan Mesin Basuh LG

by Naddy Joe
December 14, 2020
Share on Facebook

Adakah anda mempunyai pengalaman pakaian kesukaan anda dikomen sebagai pakaian lusuh? Anda gemar memakainya sehingga warnanya sudah mula kelihatan lusuh. Pasti ramai di antara kita mempunyai pakaian yang mempunyai nilai sentimental di hati kita. Contohnya, kardigan anda yang merupakan hadiah hari jadi dari ibu atau blazer kerja yang anda beli hasil dari gaji pertama anda sendiri.

Meningkatkan jangka hayat pakaian anda bukan sahaja memberi manfaat dari segi kewangan tetapi juga mengurangkan impak alam sekitar untuk jangka masa panjang. Apa yang nyata, tidak ada cara untuk menyimpan pakaian anda selama-lamanya, tetapi sekurang-kurangnya apa yang anda boleh lakukan adalah menjaganya dan meluaskan jangka hayatnya selama yang anda boleh.

Berikan Perhatian Kepada Pakaian Anda

Kajian mendapati bahawa mencuci pakaian anda mengikut kualiti teknikalnya seperti jenis kain pakaian akan meningkatkan jangka hayatnya. Walaubagaimanapun, Terdapat pelbagai sifat kain dan cara mencucinya. Kadangkala, ianya melecehkan terutamanya jika mempunyai gaya hidup yang sibuk.

Tetapi berita baiknya ialah mesin basuh hari ini dilengkapi dengan teknologi pintar yang dapat memberikan penjagaan kain yang teliti. Contohnya, LG AI Direct Drive (AI DD ™) dapat mengesan perbezaan kain dan secara automatik memilih corak pencucian yang sesuai untuk anda.

Dengan teknologi yang mendalam, ia membandingkan maklumat ini dengan 20 ribu data yang berkaitan dengan mesin basuh yang digunakan untuk program optimal wash cycle. Ciri ini akan memberi anda hasil terbaik dari segi membersihkan pakaian anda dan memanjangkan jangka hayatnya sebanyak 18%.

Ianya sangat memudahkan untuk mengambil jalan pintas semasa mencuci pakaian. Walaupun anda harus selalu memeriksa arahan pada label penjagaan, ini adalah beberapa teknik umum yang yang perlu diingat semasa anda mencuci pakaian:

  1. Basuh pakaian dengan logam secara berasingan. Logam seperti butang dan zip yang sering kali dimasukkan ke dalam mesin basuh akan menjadi panas di dalam mesin pengering. Hal ini boleh menyebabkan kesan hangus dan cair pada pakaian lain.
  2. Pertimbangkan mesin basuh dengan ciri penjagaan pintar seperti AI DD™ LG. Teknologi AI akan memilih tetapan yang tepat untuk anda.

Cucian Dilakukan Hanya Dalam Masa 39 Minit!

Jika dahulu, mencuci pakaian anda mungkin memakan masa. Tetapi, dengan mesin basuh LG, cucian anda dapat dilakukan hanya dalam masa 39 minit. Ciri TurboWash™ 360 pada mesin basuh ini membersihkan pakaian anda dalam jangka masa yang lebih pendek.

Mesin basuh ini dilengkapi dengan empat arah 3D multi nozzels, ia merangkumi 360 darjah pencucian penuh yang tidak akan membiarkan sehelai pakaian anda tidak dicuci. LG memastikan anda mendapat inovasi ini tanpa sebarang perbelanjaan. Dilengkapi dengan kapasiti yang lebih besar tanpa memerlukan lebih banyak ruang fizikal daripada bilik dobi.

Hal ini termasuklah kapasiti dram yang lebih besar yang membolehkan anda mencuci lebih banyak pakaian dengan ukuran mesin basuh yang sama. Lebih banyak pakaian boleh dicuci pada masa yang lebih singkat? Ini adalah perkara yang sangat indah!

Dapat Menghilangkan Alergen Hingga 99.9%

Pakaian boleh mengumpulkan habuk apabila dibiarkan terlalu lama. Tetapi, masalah ini dapat diselesaikan kerana mesin basuh LG dilengkapi dengan teknologi Steams ™ yang dapat menghilangkan alergen sehingga 99.9& seperti dust mites yang boleh menyebabkan masalah alergi atau pernafasan. Kini, anda tidak lagi bersin ketika memakai pakaian kegemaran anda.

Kini, anda sudah mempunyai jalan penyelesaian untuk mengekalkan pakaian anda seperti yang baru. Orang lain mungkin akan berfikir dua kali untuk memanggil pakaian anda “lusuh” kerana anda sudah menjaganya dengan baik, dan pakaian anda itu akan sentiasa segar dan bersih seperti hari anda membelinya!

Selamat mencuba!

https://www.youtube.com/watch?v=kPLSs-YewvA

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara