Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

CARSOME Umumkan Inisiatif ‘Women Take The Wheel’ Sempena Hari Wanita Sedunia

by Jash Lee
March 16, 2023
Share on Facebook

CARSOME merupakan platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara. Baru-baru ini, pada 15 Mac 2023, CARSOME mengumumkan inisiatif “Women Take The Wheel” di seluruh perantau Asia Tenggara.

Inisiatif ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia serta merupakan sebahagian daripada matlamat jangka panjang CARSOME dalam memacu persekitaran yang inklusif terutamanya bagi pelanggan wanita.

Presiden & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CARSOME Juliet Zhu, bersama pasukan CARSOME, dalam menerima ekuiti untuk melancarkan inisiatif Women Take The Wheel secara rasmi.

Menurut data CARSOME pada tahun lalu 2022, jumlah peratus bagi wanita yang membeli kereta meningkat sebanyak 308%  berbanding tahun sebelumnya iaitu 2021.

CARSOME Bantu Membimbing Wanita Mengenai Kereta

Sebagai tanda hormat kepada pelanggan wanita mengenai keperluan dan cabaran mereka apabila membeli kereta terpakai, inisiatif Women Take The Wheel adalah bertujuan memperkasakan pembeli kereta terutamanya golongan wanita dengan pengalaman dan tawaran yang berbeza.

Mengambil kira semua permintaan mereka untuk dididik dan dibimbing terutamanya mengenai aspek teknikal da berkaitan proses pembelian kereta pada peringkat awal.

Selain itu, CARSOME juga menyediakan 11 pakar pelanggan di Pusat Pemeriksaan dan Pengalaman di kawasan yang terpilih seperti PJ Automall, Kepong, Kelana Jaya, Puchong, Klang, Seremban, Skudai, Ipoh dan Bayan Lepas. Perunding ini akan membantu pelanggan wanita untuk memberikan pengalaman pandu uji sehingga memiliki kereta tersebut. Kemudian pelanggan akan dapat mengakses sokongan melalui titik sentuhan digital CARSOME.

Program ini juga memberikan kelebihan kepada pembeli wanita dengan memberi jaminan pulangan semula duit selama 30 hari dan 1 bulan percuma life insurance, kelebihan ini sah dari 8 hingga 31 Mac 2023.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
carsomekereta terpakaiwanita membeli kereta
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara