Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Siap Posing Depan ‘Private Jet’! Celine Dion Buat Apa Dekat Singapura?

by Phic ARMAN
July 16, 2026
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Celine Dion tiba-tiba kembali menjadi perhatian peminat Asia selepas penyanyi legenda itu memuat naik beberapa hantaran berkaitan Singapura di media sosial.

Penyanyi lagu ikonik My Heart Will Go On itu berkongsi beberapa foto ketika berada di Singapura pada tahun 2018, ketika beliau mengadakan konsert pertamanya di negara tersebut di Marina Bay Sands dengan kehadiran kira-kira 6,000 peminat.

Pada pandangan pertama, mungkin ramai fikir ia sekadar kenangan lama. Tapi bila Celine kembali memuat naik hantaran kedua dengan kapsyen “Singapore, thanks for the memories!”, peminat mula tertanya-tanya sama ada ada sesuatu yang bakal diumumkan.

Momen Bunga Kemboja Buat Peminat Tersentuh

Menarik perhatian ramai, antara foto yang dikongsi Celine turut memaparkan momen beliau menikmati keindahan sekitar Singapura, termasuk ketika menghidu bunga kemboja.

Bagi sesetengah peminat, perkara kecil itu cukup bermakna kerana pokok kemboja bukanlah tumbuhan yang mudah ditemui di beberapa negara Barat termasuk tempat asal Celine di Kanada. Momen ringkas itu nampak seperti Celine benar-benar menghargai suasana tropika Asia.

Tidak hairanlah ruangan komen mula dipenuhi reaksi peminat. Ada yang teruja dengan kenangan Celine bersama Singapura, namun ada juga peminat dari Malaysia yang sedikit kecewa sambil berseloroh, “Kenapa tak singgah Malaysia? Dekat sebelah saja!”

Peminat Mula Buat Teori

View this post on Instagram

Selepas dua hantaran berturut-turut itu, ramai mula masuk ‘mode detective’ dan membuat pelbagai spekulasi. Ada yang berharap Celine bakal kembali mengadakan persembahan di Singapura, malah ada yang membayangkan kemungkinan beliau mengadakan residensi di Marina Bay Sands.

Bagi MURAI, memang menarik melihat bagaimana satu perkongsian nostalgia daripada seorang ikon dunia boleh mencetuskan pelbagai reaksi. Dalam era media sosial sekarang, kadang-kadang sekeping gambar dan kapsyen ringkas pun sudah cukup buat peminat mula mencari petunjuk.

Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai sebarang konsert atau rancangan baharu Celine Dion di Singapura.

Apa yang pasti, selepas melalui cabaran kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebarang kemungkinan untuk melihat Celine kembali ke pentas pastinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
celine dionMarina Bay Sands
Share27Tweet17SendShare

KINI TRENDING

wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara