• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Cerai Kerana Orang Ketiga, Ini 7 Fakta Kisah Cinta Maia Estianty & Ahmad Dhani

by Soph Azz
June 18, 2025
Foto - Pinterest / Wow Keren

Foto - Pinterest / Wow Keren

Share on Facebook

Pertemuan antara Maia Estianty dan bekas suaminya, Ahmad Dhani semasa majlis perkahwinan anak mereka iaitu Ahmad Al Ghazali telah menjadi perbualan ramai. Ini kerana mereka sudah lama tidak berada dalam mana-mana acara bersama.

Untuk pengetahuan kamu, Maia dan Dhani pernah menjadi pasangan pemuzik yang popular pada awal tahun 2000-an. Kedua-dua mereka dikenali sebagai gandingan berbakat yang bukan sahaja berjaya dalam industri muzik, malah rumah tangga mereka juga.

Tetapi perjalanan cinta mereka berakhir selepas 12 tahun dan secara rasmi bercerai pada tahun 2008. Di bawah Murai ringkaskan beberapa fakta mengenai kisah cinta Maia dan Dhani.

1. Bercinta sejak sekolah menengah 

Maia dan Dhani pertama kali bertemu sebagai senior di SMA Negeri 2 Surabaya. Chemistry di antara mereka terbentuk melalui muzik. Maia terkenal sebagai keyboardist yang berbakat, manakala Dhani pula sibuk membangunkan kumpulan Dewa 19 ketika itu.

Foto – Viva / Fimela

Persahabatan yang rapat ini kemudian berubah menjadi perasaan cinta pada awal 1990-an. Selepas tamat belajar, mereka mula jalinkan hubungan ketika sedang mengejar kerjaya muzik di Jakarta.

2. Hubungan tidak direstui keluarga Maia 

Foto – Tribun News

Dalam satu temu bual lama, Maia akui dia tekad untuk berkahwin dengan Dhani walaupun ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan agama terlebih dahulu sebelum mendaftarkannya di pejabat agama negeri pada 1996.

3. Dikurniakan tiga anak lelaki 

Foto – Liputan 6

Pada kemuncak kerjaya mereka, Maia melahirkan Al Ghazali (1997), El Rumi (1999) dan Dul Jaelani (2000). Kelahiran trio “Al-El-Dul” menjadi kebanggaan Maia dan Dhani. Ketiga-tiga anak mereka turut aktif dalam bidang muzik dan sering membuat persembahan bersama mereka di pentas.

4. Hubungan mula retak kerana orang ketiga 

Menjelang tahun 2006, konfik rumah tangga Maia dan Dhani tercetus kerana pertikaiaan perniagaan, perbezaan visi serta khabar angin mengenai kehadiran orang ketiga iaitu Mulan Jameela.

@novie_ramlann

Duo ratu nih besti #ratu #duoratu #maiaestianty #mulanjameela #musikindonesia #musikindoviral #musikviral #musikviraltiktok #lagujadul #lagujadulhits #lagujadulindonesia #laguindonesia2000an #laguindonesiapopuler #lagupopindonesia #lagupopindonesiahits #fyp #fypシ #fypシ゚viral #novie_ramlann #novie_ramlan #anton_drums82 #antondrum

♬ suara asli – novie_ramlan – novie_ramlan

Bukan itu sahaja, isu pertikaian hak cipta ke atas lagu Duo Ratu dan dakwaan keganasan rumah tangga turut mencipta kontroversi. Ketika itu, proses perceraian antara Maia dan Dhani menjadi perbualan hangat ramai.

5. Dhani berkahwin dengan rakan baik Maia

Berita perceraian Maia dan Dhani turut dikejutkan dengan khabar angin mengenai kehadiran orang ketiga iaitu Mulan Jameela yang dikenali sebagai pasangan duet Maia dalam Duo Ratu.

@lambaian91

ketika Ahmad Dhani pasang cincin ke mulan jameela 💥🔥 #fyp #fypシ #mulanjameela #ahmaddhani #hijrahcinta

♬ Hijrah Cinta – Amsyarleee

“Dengan Maia, saya macam kahwin dengan wanita seperti lelaki. Mulan pula berlawanan dengan Maia. Dia sangat lembut”, ujar Dhani.

Mulan didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu, lebih-lebih lagi apabila tersebar berita mengenai perkahwinan rahsia Dhani dan Mulan pada tahun 2006.

6. Drama hak penjagaan anak 

Pada 23 September 2008, Mahkamah Agama Jakarta Selatan telah membenarkan perceraian antara Maia dan Dhani selepas 12 tahun berkahwin. Tiga anak mereka dipisahkan dan tidak dibenarkan bertemu dengan Maia.

@nexus.light

SAYA HARAMKAN TUBUH SAYA MENYENTUH MAIA #maiaestianty #ahmaddhani #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – Nexus🦖 – Nexus🦖

Maia pernah dedahkan sebelum bercerai secara rasmi di mahkamah, Dhani telah menceraikannya melalui pesana ringkas (SMS).

Dalam perbicaraan keputusan perceraian, Maia sebenarnya mendapat hak penjagaan tiga anaknya tetapi Dhani melarangnya untuk berbuat sedemikian. Perkara ini berlaku selama bertahun-tahun.

7. Dihalau sehelai sepinggang

Selepas diceraikan, Maia dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang. Menerusi pengakuannya di sebuah rancangan televisyen, Maia tidak dibenarkan membawa apa-apa keluar dari rumah bersamanya.

@oleumricini1

Membalas @agus.arjuna31 Bunda Sesayang itu sama Al🫂🥺🤍 Bunda Maia datang diam diam ke rumah Ahmad Dhani saat Al Ghazali ulang tahun saat masih kecil 🤍🥺 . . . . . . . . . #maiaestianty #alghazali #al #dulZaelani #elrumi #fyp #ahmaddhani #bundamaia #mulanjameela #fypシ #masukberandafyp

♬ Sampaikan Rindu – Lyodra

“Ya, memang benar saya dihalau keluar dari rumah ketika itu. Tiada kereta, tiada anak.”

Kini kedua-dua mereka bahagia dengan pasangan masing-masing, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela, manakala Maia Estianty dengan pasangannya, Irwan Mussry.

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani 'Cancel' Majlis Sambut Menantu
ahmad al ghazaliahmad dhaniAl GhazaliDul JaelaniEl Rumiirwan mussryMaia Estiantymulan jameela
https://lomp.at/4v0vd
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore