Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cerita Hantu ‘Lejen’ Yang Seram Di Asrama, No. 3 Paling Menakutkan!

by Soph Azz
August 24, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

63
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika kamu pernah tinggal di asrama, cerita di bawah mungkin pernah terjadi pada kamu. Tetapi jika kamu berangan-angan nak masuk asrama, cuba baca dulu cerita seram popular yang sering berlaku di asrama.

#Nama-nama dalam cerita seram ini bukanlah nama sebenar.

#1 Hantu 123

Linda dan Julia merupakan rakan baik. Pada suatu malam, Linda tidak dapat lelapkan matanya. Katil Julia pula disebelah sahaja dan dia sedang tidur dengan nyenyak. Linda melihat jam sudah hampir 2 pagi dan dia tetap tidak boleh tidur. Sambil berguling ke kiri dan kanan, Linda terdengar ada orang buka tingkap bilik yang betul di hadapannya. Kemudian Linda terdengar;

Foto – Pinterest

“Satu, dua, tiga… Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur… Empat tak tidur lagi?”

Linda menjadi meremang dan seram sehingga membaca pelbagai jenis surah. Tetapi dia masih mendengar suara hantu tersebut mengira pelajar. Pada masa yang sama, Linda memanggil nama Julia dalam suara yang terketar-ketar. Tapi apa yang lebih menyeramkan hantu tersebut beritahu Julia sudah tidur dan ketawa mengilai.

Linda kemudiannya menjerit menyuruh hantu itu pergi sehingga mengejutkan orang lain. Ada yang mengatakan hantu tersebut adalah nenek kebayan yang duduk di atas loker sambil menggoyang-goyang kakinya.

#2 Makcik Karipap

Paling popular dalam kalangan pelajar lelaki, kejadian Makcik Karipap ini terjadi apabila minggu orientasi dijalankan. Pada suatu malam, ada sekumpulan senior mahu membuli seorang junior.

Senior tersebut menyuruh si junior untuk membeli karipap di tingkat tiga Blok D. Kata senior itu, blok D tidak pernah wujud dan dia hanya mahu menguji junior tersebut sahaja.

Foto – Pinterest

Tak lama kemudian, si junior datang kembali kepada senior tersebut dengan membawa karipap di tangannya. Senior tersebut mula berasa pelik dan seram. Mereka bertanya pada junior itu di manakah dia dapat karipap tersebut.

Akui junior itu, dia membeli dengan seorang makcik di tingkat 3 blok D seperti yang diarahkan oleh sekumpulan senior itu. Pada masa yang sama, penjual karipap itu tinggalkan pesan seperti;

“Cakap dengan senior, jangan buli budak baru tau!”

 #3 Bilik 5, Tingkat 3, Blok A

Sally merupakan pelajar di sebuah sekolah agama yang terletak di Klang. Dia merupakan penghuni asrama blok C. Dijadikan cerita pada suatu petang di dewan makan, Sally ternampak ada ibu bapa sedang menunggu.

Kebiasaannya ada orang di konti radio untuk lakukan pengumuman sekiranya ada ibu bapa yang menunggu di dewan makan. Tetapi pada hari kejadian, tiada siapa di konti tersebut. Ibu bapa itu meminta tolong Sally untuk panggilkan anak mereka, Nurul di Blok A, tingkat 2, bilik 5.

Foto – Pinterest

Dengan berlari memanggil Nurul, Sally terlajak naik sampai ke tingkat tiga dan sampai ke bilik 5 yang terletak di sebelah tangga. Yang seramnya, pintu bilik itu terbuka dan Sally ternampak sekumpulan pelajar sedang berkemban dan menyikat rambutnya. Tanpa ragu-ragu, dia ketuk dan bertanya siapakah Nurul.

Kemudian, sekumpulan pelajar itu pandang dan memberitahu Sally tersalah bilik dan bilik dicarinya itu berada di betul bawah bilik itu. Sally turun semula ke tingkat 2 dan memanggil Nurul. Bila dia sampai sahaja ke biliknya, Sally ceritakan peristiwa itu kepada senior biliknya.

Seniornya terkejut dan memberitahu bilik itu sebenarnya sudah kosong sejak tahun 80-an lagi. Dia kemudiannya keluar daripada asrama. Untuk dikatakan puncanya, pelajar di A:2:5 itu bermain permainan spirit dan menyebabkan makhluk halus mula tinggal di situ. Pelbagai peristiwa terjadi sehinggakan, katil digegar dan ditarik, histeria yang teruk dan macam-macam lagi. Akhirnya pihak sekolah te

#4 Rakan Bilik Jelmaan Jin

Kisah seram ini dikatakan berlaku di UUM, Kedah apabila seorang cikgu Matrik (Ina) yang pernah menjadi pelajar di situ tinggal dengan jin.

Ina menceritakan dia hidup seperti orang lain tanpa simpan sebarang syak wasangka pada teman sebiliknya sehinggalah satu ketika rakan biliknya pulang ke bilik.  Ina meminta rakannya itu untuk menutup suis lampu.

Foto – UUM

Ketika mahu tutup lampu bilik, rakan Ina mengjulurkan tangannya seperti hantu Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Selepas Ina ternampak kejadian itu, dia terus menjerit dan lari keluar daripada bilik. Apabila orang lain bergegas selepas mendengar jeritannya itu, Ina ceritakan hal sebenar dan ramai yang melihat Ina tinggal bersendirian dan katil sebelahnya kosong.

Keesokkan harinya, Ina ke pejabat kolej untuk tanya tentang rakan sebiliknya itu. Yang paling mengejutkan, tiada nama seperti yang disebutkan oleh Ina, malah tak wujud. Rupa-rupanya Ina telah tinggal bersama jin selama satu semester.

Nak lagi best, cuba kamu buka muzik seram sambil membaca cerita hantu di atas. Memang feel habis!

cerita hantu asramamakcik karipapouija board
https://lomp.at/svkm3
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore