Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Chaleeda Kembali Dengan Single ‘Growing Up Sucks’

by Khai Azfar
August 6, 2019
Share on Facebook

Artis antarabangsa pertama di bawah naungan Rocketfuel, Chaleeda Gilbert nampaknya tidak berputus asa dalam mengembangkan bakat seninya. Bintang berdarah Thai-Inggeris ini kembali dengan sebuah lagu baru yang lebih segar berjudul ‘Growing Up Sucks’.

Berentak ‘Easy Listening’ 

‘Growing Up Sucks’ secara umum menceritakan tentang seseorang yang rindukan zaman mudanya namun masih bersyukur kerana biarpun waktu itu telah berlalu, dia masih mempunyai teman istimewanya bersama-sama. Lagu yang berentak ‘easy listening’ ini merupakan hasil nukilan beberapa orang komposer berbakat iaitu Justin Seow, Kuizz Shah, dan Wee Zhen Yong manakala liriknya pula ditulis oleh artis tempatan, Bil Musa.

Chaleeda  yang mula dikenali dahulu menerusi platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon. Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

” Selepas mendapat maklum balas yang baik dari peminat dari Malaysia, kami yakin Chaleeda akan berjaya menempatkan diri di dalam muzik Industri tempatan. Lagu-lagu yang kami sajikan juga adalah mengikut citarasa tempatan walaupun ianya lagu berbahasa Inggeris. ”

Kini Boleh Dimuat Naik 

Lagu ‘Growing Up Sucks’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Growing Up Sucks’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chaleedachaleeda growing up sucks
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara