Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”, Mahu Aaisyah Belajar Di Rumah Sahaja

by Puteri Alia
October 17, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Bimbang dengan peningkatan kes jenayah yang semakin membimbangkan di sekolah, pelakon terkenal Rozita Che Wan mengambil pendekatan tegas apabila mempertimbangkan untuk anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, menjalani pembelajaran di rumah atau home schooling. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 52, mengakui dirinya kini semakin risau sebagai seorang ibu yang mempunyai anak perempuan berusia 11 tahun.

Menurut Che Ta, langkah tersebut diambil sebagai langkah keselamatan susulan pelbagai kejadian tidak diingini melibatkan pelajar sekolah yang semakin kerap berlaku. Malah, beliau turut merancang untuk mendapatkan khidmat guru wanita bagi mengajar Aaisyah di rumah supaya keselamatan dan keselesaan anaknya lebih terjamin.

“Aaisyah lepas ini tak payah pergi sekolah. Budak sekolah sekarang ini tak tahu makan apa, perangai pelik macam monyet, beruk, ungka, semua lah. Panggil sahaja cikgu datang rumah, cikgu pun cikgu perempuan. Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan, takutlah Ya Allah. Macam-macam hal,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di TikTok.

Meskipun tutur katanya kedengaran seperti berseloroh, namun luahan hati ibu kepada tiga cahaya mata itu jelas menggambarkan keresahan yang turut dirasai ramai ibu bapa lain. Difahamkan, kebimbangan Che Ta timbul selepas beberapa insiden mengejutkan berlaku termasuk kes rogol di dalam kelas serta kes pelajar perempuan yang maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam video yang sama, Che Ta dilihat menegur anak perempuannya yang hanya tersenyum mendengar bebelan ibunya, menunjukkan betapa seriusnya isu tersebut di matanya. “Aaisyah, jangan senyum-senyum. Hal ini serius,” tegasnya.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan turut menyokong pandangan Che Ta, malah ada yang berkongsi rasa takut menghantar anak ke sekolah pada zaman ini. “Sungguh, kita besarkan anak-anak dengan elok, alih-alih kat sekolah nyawa melayang,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

Ada juga yang menyarankan Che Ta meneruskan idea home schooling dengan memastikan Aaisyah tetap mengikuti silibus yang diiktiraf selain memperkukuhkan ilmu agama. “Panggil sahaja tutor ke rumah, ikut silibus yang diiktiraf. Tapi jangan lupa panggil ustazah atau ustaz mengajar agama,” ujar seorang lagi pengguna.

Dalam suasana masyarakat kini dilanda pelbagai isu sosial melibatkan pelajar, luahan jujur Che Ta dianggap mencerminkan suara hati ramai ibu bapa yang semakin buntu mencari jaminan keselamatan untuk anak-anak mereka ketika menuntut ilmu di sekolah.

rozita che wan
https://lomp.at/ya8aw
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore