Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

‘Chef Onboard’ Turkish Airlines? Pengalaman Luar Biasa Yang Buatkan Anda Rasa Macam Tak Nak Turun

Orang Lain Tidur Dalam Flight… Kami Layan Movie & Popcorn Dengan Chef Turkish Airlines!

by Phic ARMAN
April 21, 2025
Share on Facebook

Awal Ramadan lepas, kami berpeluang terbang dari Kuala Lumpur ke Istanbul dengan Turkish Airlines — dan bukan sebarang seat ya, kami dapat kelas perniagaan (business class)! Dari mula naik sampai mendarat, memang pengalaman yang susah nak lupa. Turkish Airlines ini memang lain macam, penuh gaya dan layanan mesra, lebih-lebih lagi bila bulan puasa.

Masa mula-mula naik je pesawat, kami dah disambut dengan senyuman dan minuman welcome drink. Seat dia? Luas gila. Siap boleh baring rata, ada ruang peribadi, dan skrin hiburan besar. Tapi yang paling menarik perhatian kami sebenarnya… Chef Onboard!

Ya, memang betul-betul ada chef dalam pesawat. Dengan uniform chef yang lengkap, dia datang sendiri ke seat kami untuk explain pilihan makanan dan ambil order macam dekat restoran fine dining. Masa itu kami rasa macam, “Eh, ini flight ke restoran mewah?”

Memandangkan kami terbang masa awal Ramadan, kru siap datang awal untuk pastikan kami tahu waktu berbuka dalam pesawat. Bila masuk waktu, mereka terus hidangkan juadah yang panas-panas dan lengkap — siap ada kurma, sup, roti, lauk utama, pencuci mulut… semuanya disusun cantik, rasa dia pula on point! Chef onboard betul-betul jaga kualiti rasa dan presentation, tak kira waktu.

Untuk sahur pula, mereka tanya waktu kami nak makan, dan semuanya disediakan ikut timing yang kami selesa. Tak payah risau langsung pasal makanan, sebab Turkish Airlines ini memang terkenal dengan servis makanan terbaik dalam dunia penerbangan.

Lampu Dah Padam, Tapi Servis Tetap Jalan

Yang bestnya, walaupun lampu kabin dah dipadamkan untuk penumpang berehat, kru tetap bergerak perlahan-lahan tawarkan hidangan tambahan untuk siapa yang masih berjaga. Kami masa tu tengah layan movie, santai je — tiba-tiba kru datang, senyum sambil tanya: “Would you like some popcorn?”

YES PLEASE.


Popcorn dalam flight sambil layan movie, dengan seat yang boleh baring dan selimut empuk? Macam duduk dalam pawagam premium tapi tengah terbang. Ini baru namanya luxury in the sky!

Program Persinggahan: Macam Dapat Percutian Free!

Satu lagi kelebihan naik Turkish Airlines — kalau anda ada persinggahan yang cukup panjang di Istanbul, mereka ada Stopover Program yang memang berbaloi. Kami, sebagai penumpang kelas perniagaan, layak dapat 2 malam PERCUMA di hotel 5 bintang! Hotel dia selesa, servis mantap, dan lokasi sangat strategik.

Kenapa Laluan Baharu AirAsiaX KL Ke Istanbul Ini Jadi ‘Game Changer’ Untuk Jemaah Umrah?
YouTube video

Kalau layover anda lebih dari 6 jam, ada juga pilihan untuk ikut Tour Istanbul, satu program khas yang bawa anda jelajah bandar ini tanpa caj tambahan. Memang macam dapat percutian mini sebelum sambung destinasi seterusnya.

Masa kami sampai itu, Istanbul tengah sambut Ramadan dengan cukup meriah. Malam-malam ada bazar, lampu-lampu cantik, dan vibe yang sangat tenang. Dapat berbuka dan bersahur ala-Turki, sambil nikmati suasana bersejarah Istanbul — memang satu pengalaman yang sangat berbeza dan bermakna.

Kalau anda ada peluang untuk naik Turkish Airlines, terutamanya business class, jangan fikir panjang. Layanan dia tip top, makanan sedap (terima kasih Chef Onboard!), dan segala kemudahan sangat selesa. Lebih-lebih lagi kalau travel waktu Ramadan — mereka sangat prihatin dengan keperluan penumpang Muslim.

Dan kalau ada transit panjang di Istanbul? Anggap je itu sebagai bonus percutian percuma. Sebab dengan Turkish Airlines, setiap perjalanan tu bukan sekadar terbang dari A ke B, tapi satu pengalaman penuh gaya dan kenangan manis.

chefTurkeyeTurkish Airline
https://lomp.at/gpaih
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara