Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sangat Tak Masuk Akal”-Chef Wan Berang Dibenarkan Bertemu Cucu Hanya Sehari Dalam Tempoh 2 Minggu

Chef Wan turut tidak tahu mengapa anak lelakinya, Chef Riz boleh bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan.

by Naddy Joe
May 17, 2022
Share on Facebook

Personaliti masakan terkenal, Datuk Chef Wan seakan terkilan dengan keputusan sementara mahkamah yang hanya membenarkan beliau berjumpa dengan cucu ketiganya hanya sekali dalam 2 minggu.

Hanya Dibenarkan Bertemu Hanya Sehari Dalam Tempoh 2 Minggu

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan mendedahkan bahawa keputusan sementara mahkamah membenarkan mereka dapat berjumpa dengan Arriana hanya sehari dalam tempoh 2 minggu daripada bekas menantunya.

“Akhirnya dengan keputusan sementara mahkamah kami dapat berjumpa dengan Arriana, cucu ke-3 saya, sekali dalam 2 minggu selama sehari daripada ibunya. Siang ambil bersama malam kena hantar balik.”-Dedah Chef Wan

via Instagram Chef Wan

Tambahnya lagi, beliau turut tidak tahu mengapa anak lelakinya, Chef Riz boleh bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan.

“Tidak tahu mengapa anak saya bersetuju  dengan pereturan mereka pada peringkat ini. Bila tanya, ‘Its better then tak dapat jumpa langsung Pa’. 2x sebulan mengikut jam? Saya kata. Dia tidak boleh bermalam dengan kita”-Chef Wan

Seluruh Situasi Tidak Masuk Akal

Tegas Chef Wan, beliau merasakan seluruh situasi itu tidak masuk akal dan seolah-olah menunjukkan mereka tidak berdaya serta tidak bersuara.

“Saya dapati keseluruhan keadaan ini sangat tidak masuk akal. Seolah-olah kita tidak berdaya dan tidak bersuara. Ramai  orang bercerai tetapi masih membenarkan kedua ibu bapa berkongsi hak penjagaan anak mereka”-Chef Wan

Putri Arianna Natasya merupakan hasil perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong yang berkahwin pada 5 Disember 2014. Namun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada 2016. Ia merupakan penceraian kedua buat Riz dan yang pertama bagi Shikin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef rizchef wan
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara